Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan
dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga