awal Mei rasuk fanatisme meracun segenap ajsad
yang berotak menembak dari mulut
yang berotot menghentak dengan tangan
yang berautoriti sekadar memanah api dengan mata
yang ada hati - konon teleku diam berdoa
yang separuh hati lalang ditiup anginlah ia
sebelum aku memilih
lama aku memerhati tingkah dan gaya
aku pernah di sana
aku pernah juga di sini
mana-mana hipokrasi
tapi aku kenal mana yang ada visi
mana yang menekan ilmu dan integriti
aku disuguh kata 'pilih jahat yang belum pasti'
aku tak gila, aku menolak pluralisme
aku disuguh kata 'ini satu bentuk pelaburan'
aku tak gila, sekali air bah, sekali pasir berubah sama
itulah saudara, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.