AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



15 June, 2013
◔ 11:34 pm // ✎ 0 comment(s)
yang jujur, dari hati

ya ibnu Adam innama anta ayyam,
kullama dzahaba yaum dzahaba ba3doka

kata Hasan al- Basri, hai anak Adam, kamu bukan apa-apa melainkan hari-hari, berlalunya ia maka berlalulah sebahagian dirimu. aku akan mati. dan matiku tanpa nama, tanpa teman. tidak ada satu pun jiwa yang mengetahui di bumi mana ia akan mati. fi ayyi ardhin tamuut. namun aku pernah didengarkan mau'izah bukan di bumi mana kamu akan mati, tetapi soalnya dalam keadaan apa? jujur, hai anak Adam tempatmu bukan disini - tetapi kau (aku) belum bersedia.

persediaan. hari ini hari amalan. hari esok hari syaitan. ya muqalliba'l quluub thabit quluubanaa. aku adalah satu daripada jiwa-jiwa yang kehilangan. aku ingin berdiam di satu tempat, jauh daripada muamalah manusiawi dan mujadalah hati. tetapi aku manusia, bukan? aku, yang terikat dengan tanggungjawab, terikat dengan tuntutan, terikat dengan perasaan, terikat dengan bolak-balik iman. aku benci berbicara mengenai iman kerana aku tidak layak memperkatakan tentangnya. semalam, sahabat, kau meminta aku berpesan-pesan dengan kebenaran. jeda. aku yang begitu dan begini tidak pernah kau tahu : aku punyai segunung dosa tak terzahir ! namun sahabat, aku masih mengimpikan yang indah-indah, yang baik-baik buat diriku. aku masih bermimpi. kumohon, sedarkan aku dari mimpi ini.

mimpi. adakala aku ingin memutarkan masa dan melakukan yang terbaik buat semua. tetapi sedangkan Hasan Basri sudah menyatakan, hari itu itu sudah berlalu, dan sebahagian diriku itu sudah berlalu. sebelum sebahagian lagi diri yang tinggal ini turut lupus, aku ingin terus mencuba yang terbaik, untukku, untukmu sahabat yang mengaspirasikan sabar dan tabah dalam qalbu. semoga ada yang dapat kumanfaatkan dengan sisa-sisa hari ini..