menjadi ia, perempuan sedar dalam barisan
kerlingnya tak ayu
mendongak meski kaki terpasak;
tangannya terbelenggu menggagau kelam pertiwi
dan di dadanya ada api
khayal membakar semua mimpi
menjadi ia, perempuan sedar dalam barisan
serasa mati dek keji
bohong kalau tak ralit dek puji
apa kalah merah cinta negeri
dilawan merah solekan pipi?
masuklah perempuan ke dalam barisan!
dari surat-suratnya Kartini
dari gelap tuju cahaya
kerana api mimpi itu yang menyedarkan
api mimpi itu yang menerangkan
selamatkan -
atma perempuan, biar terus sedar dalam barisan