Tauhidic Ukhuwah ialah satu formula baru jalinan tauhid+ukhuwah. apa ada pada tauhidic ukhuwah?
ان الموءمنين الاخوة
S e s u n g g u h n y a orang m u k m i n itu b e r s a u d a r a
i s t i m e w a n y a tauhidic ukhuwah
Ketika orang lain bersahabat, berteman kerana prioriti diri , mereka yang menggunakan tauhidic ukhuwah akan memperoleh ukhuwah yang mantap, kukuh dan insyaAllah membawa ke syurga Allah.
m e n g a p a ?
Ketika tauhidic ukhuwah digunakan, segala-galanya lillahi taala. Bukan kerana kekayaan, kecantikan , kemahsyuran, kehebatan atau apa-apa sahaja yang kau sukai. Hal itu hanyalah bersifat sementara dan akan terhapus, LUPUS! Lalu ukhuwah itu kaulupakan sementelahan kau tidak dapat beroleh sebarang manfaat lagi darinya. Dimanakah nilai ukhuwah yang sebenarnya?
p e r s a h a b a t a n RETORIK
Bersepah-sepah barangkali. Kelihatan ukhuwah mereka begitu kuat, tidak boleh dijentik sedikitpun si A, pasti si B akan membela sahabatnya sedaya upaya. Aduh, malang...tanyakan sahaja pada si B, bila agaknya tarikh lahir si A, berapa orang anggota keluarganya? Jangan terkejut kalau si B tidak mampu menjawabnya! Kerana ramai orang yang bersahabat pada luaran, tetapi dalam hati saling membenci. Bersahabat kerana kepentingan. Duhai sahabat, kau tidak menyandarkan ukhuwah kita pada-Nya lalu kau tidak akan pernah ikhlas untuk menyayangi aku seadanya...
k e r a n a manusia tidak sempurna
Tauhidic ukhuwah adalah cara. Kau akan membantu sahabat ketika dia merangkak, bertatih, berjalan lalu berlari. Kau akan memimpin dan menuntunnya jika dia terjatuh, bukan menjatuhkannya atau melukainya. Jangan benci kepada العاصى, bencilah kepada معصية yang dilakukan.
kpd dai'eku aku bertanya , "kenapa kita tak boleh dapat semua yang kita nak??" jawab ام كلثوم, "sebab manusia tak sempurna"