AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



16 February, 2012
◔ 3:55 pm // ✎ 3 comment(s)
Epilog hamba ; tiang langit yang meretak


makar merayap di kaki tetiang langit .
bumi menangis takutkan zulmat .

selamanya bumi berselubung zulmat hitam kelam .
selamanya bumi diam dipijak malam .

Kalau selama ini matamu berat dibuka daripada pejaman , hari ini kau berada di posisi yang berbeza. Entah apa yang merasuk sampai riwet dan kacau fikiranmu bila terjaga disisi bonda dinihari tadi. Mustahil bukan? Bonda sudah arwah 30 tahun dulu. Mustahil lagi kerana kau kini lelaki dewasa 40-an , bukan kanak-kanak yang masih dikelek bonda kemana-mana. Bukan fizikal kanak-kanak seperti yang kau bangkit dinihari tadi. Kini kau perlahan-lahan mengalun bacaan ayatullah disisi bonda. Subuh itu bukan kau sahaja kaget, malahan bonda turut terkesima. "Umar ! kau semakin fasih nampaknya.. bonda yakin kau boleh saja mengkhatam 3 juz hari ini." luah bonda kekaguman. Kau diam. Dalam hati merajuk memikirkan bacaan lelaki 40-an lebih baik sedikit sahaja dari usia kecilmu. Matamu menyapa wajah mulus bonda. Hampir saja kau meraung menyatakan kerinduan kepadanya. Tapi kau yakin kau bukan berada di dimensi realitimu. Entah apa dimensi yang sedang kau tempuhi kala ini.

Usai talaqqi bersama bonda kau turun ke penanggah. Dalam ingatanmu samar-samar jadual rutin yang perlu dijalani. Kau dibekalkan bonda sedikit juadah sebelum bergerak ke madrasah. Satu sahaja madrasah di kampungmu ketika itu, semestinya madrasah islami. Terkesan perbualanmu dengan Gustav, Gustav mati-matian mempertahankan, "Muslim scholars were nothing except copycat-ers." Kau mengepal penumbuk menahan geram. Tetapi kau diam menampal senyum palsu , dalam kepala mengira-ngira prioriti Gustav sebagai klien. Memprovok Gustav ibaratnya mengambil risiko menyuap anak-anakmu dengan nasi berlauk kicap bukan Cajun Chicken seperti kebiasaan. Gustav menyambung lagi, institusi seperti Baitul Hikmah naungan Harun ar-Rasyid merupakan tempat para cendekiawan Islam menterjemah karya cendekiawan Barat , sebelum meniru (atau istilah khususnya plagiat) lalu menambah sedikit perasa di mana-mana dan sesuka hati mengakui karya itu ciptaan mereka. Kau diam menunduk, menggumam perlahan, "Rama-rama tiada berjijak di bumi." Gustav angkat muka, namun sesaat kemudian telefon bimbitnya bergetar. Gustav membelek, ternyata ada mesej penting dari Tuan Pengarah. Dia bingkas meninggalkan kamar perjumpaan dan membiarkan kau termangu sendiri. Ingatan itu membuatkan kau malu sendiri.

Oh, mengapa tidak kau balas tuduhan itu sebagai lelaki? Hanya saat ini, saat kau berada dalam tubuh kecilmu baharu semangat itu muncul. Mindamu pantas menyusun kepingan teka teki bergambar. Terbayang Imam Feisal Abdul Rauf yang ingin mendirikan Pusat Islam di Ground Zero. Terbayang Sarah Palin berkeras membantah, menyelar segala macam rasional yang dihampar dihadapan mata. Katanya tindakan itu akan mencalar kembali luka keluarga mangsa 11 September. Dunia melihat serangan itu dilakukan orang Islam tanpa melihat title terroris, yang mana, kaukira sesiapa yang berfikiran waras dapat membezakan kebenarannya. Keganasan tidak mengenal agama. Bahkan dalam diam ada keluarga muslim turut maut dalam tragedi itu. Kasihan, mereka memilih untuk berdiam diri untuk mengelakkan kecaman. Sungguh, Islam menjadi sasaran kemarahan semua ketika itu. Lalu kau cantumkan kepingan-kepingan itu menjadi punca Gustav dan berbillion lagi sekutunya memusuhi Islam, mereka dipengaruhi stigma Islamofobia. Sungguh sama sahaja ratusan tahun dahulu dengan abad ini. Mana mungkin bijak pandai Eropah, Rom dan Yunani mahu tunduk dengan nama-nama seperti Omar Khayyám, Zakaria ar-Razi atau Khawarizmi ? Pendek kata, mereka non-Muslim gerun malah prejudis dengan kekuasaan Islam. Mereka atau setepatnya sekutu-sekutu Gustav .

Perlahan kau memberi salam sebelum menaiki tangga madrasah. Kelihatan wajah-wajah yang lama tidak kautemui seperti si tinggi Hassan, kembarnya Hussin, jiranmu Musa serta beberapa orang lagi pelajar. Kau sekadar mengukir senyum dan duduk bersila di tempatmu. Meriba papan kalam serta pena. “Hey Umar, kausudah bersedia?” seseorang mencuitmu dari belakang. Kau menoleh. “Err, enta Hafizkah?” soalmu janggal. Dia terkejut. “Hafiz? Hafiz kan sudah berpindah ke kampung sebelah?” Kau menggelisah, membetulkan duduk. Alasan. Fikirkan alasan. Manusia pintar memberi alasan.“Ya, maafkan ana. Ana baru sedar, rupa enta seiras dengan Hafiz.” Dia mengangguk, kau menghela nafas lega. “Betullah, semalam si Helal pun berkata begitu. Kan Helal?” Disebelahnya Helal mengangguk setuju. “Ah, enta sudah sedia? Hari ini giliran enta dan Amran bermunazarah dihadapan kelas !” ujar Helal. Matanya bersinar-sinar teruja. Oh, ya… kanak-kanak dibelakangmu bernama Amran. Dan hari ini giliranmu bermunazarah dihadapan. Oh, sungguh menarik. Sungguh.

“Baratul  Istihlal , Allahumma salli ‘ala saidina Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad~ anak-anak, hari ini ustaz ingin lihat bagaimana antum melihat keseimbangan kepentingan antara dunia dan akhirat. Sekarang ustaz persilakan akh Umar dan Amran untuk munazarah dihadapan..” Kau terpana sejenak. Apa jenis madrasah yang pernah kau hadiri? Sejenis tarekat sufikah? Tajuk saja sudah zuhud semacam. Apa agaknya yang akan Amran debatkan?

Amran: Ana fikirkan kalau prioriti dunia lebih sedikit dari akhirat, umat Islam jadi miskin. Miskin materi, kontang ilmu kerana meninggalkan sumber ilmu itu sendiri, yakni dua perkara tinggalan nabi, Al-Quran dan sunnahnya.

Umar: Anta menolak kepentingan dunia?

Amran: Tidak juga. Tapi ana rasa kepentingan dunia terletak dibelakang akhirat.

Umar: Katakan ibu enta gering, enta tida duit biaya untuk merawat, enta tiada pilihan selain bekerja dengan Tauke Hong di kedai sana. Padahal enta tahu Tauke Hong tidak membenarkan pekerjanya berhenti solat Jumaat. Enta pilih apa?

Amran: Tidak mungkin ana bekerja dengan Tauke Hong. Ibu ana akan lebih bahagia dengan jalan yang ana pilih.

Umar: Amran! Tanpa ibu, enta tidak dapat hidup hingga ke hari ini! Aduh, orang tua memang begitu. Mereka lebih suka memendamkan hasrat hati. Enta tidak mahu berkorban sedikit untuk ibu? Ana rasa sesekali kita perlu melihat dari sudut berbeza. Adakala kita perlu melebihkan dunia.

Amran: Dengan mengorbankan deen?

Umar: Uh, bagi ana ini sudah kira maslahah rajihah. Ini berkaitan dengan nyawa manusia bukan.. .ana tidak fikir Islam sebegitu syadid dan jumud. Ana sendiri tidak mahu keluarga ana menjadi mangsa kerana terlalu ekstrim dalam beragama. Ana rela mengambil rasuah daripada melihat anak-anak kelaparan.

Amran: Yang haram itu tetap haram Umar. Niat enta tidak menghalalkan cara. Mengapa dulu sewaktu baginda Nabi diseksa baginda tidak menyerah atas alasan maslahah? Nabi tidak pernah pula menyerah atas alasan nyawa baginda penting untuk terus hidup dan menyebarkan Islam. Nah, disini soalnya Umar. Enta terlupa manusia itu ada pilihan sama ada untuk berjuang atau pura-pura berjuang.

Umar: Pura-pura?

Amran: Erti perjuangan hidup bagi seorang mukmin adalah mematuhi syariat-Nya dalam segenap inci kehidupan. Andai mati kerana itu, syahid kiranya. Meninggalkan deen kerana maslahah sendiri atau kaum kerabat, munafik namanya. Ayatullah dalam Surah al-Munafiqun ; Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta(1) Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan(2)Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti(3) (al-Munafiqun 63:1-3)
Enta pasti tindakan enta untuk melanggar syariat walau hanya kesalahan kecil itu tidak memesongkan enta? Sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan sukar untuk diubah. Andai ana tidak menunaikan solat Jumaat semasa bekerja dengan Tauke Hong, tidak mustahil ana akan memandang ringan kewajipan itu di lain waktu. Ana akan terbiasa untuk tidak menunaikannya. Lebih teruk andai ana menerima rasuah. Wang yang ana peroleh akan menjadi darah dan daging sehingga ana mati kelak. Usrah ana pasti akan dimurkai Allah.

Pang! Kau terasa mukamu merah menahan malu.

Umar: Err, ana tidak pasti, Amran. Mungkin ada perkara lain yang perlu dipertimbangkan..

“Sudah, cukup untuk kali ini. Ana mahu membuat kesimpulan” tegah Muallim Hadi lalu mematikan munazarah. Kau dan Amran beransur ke belakang. Muallim Hadi dengan raut tenang memulakan bicara, “Anak-anak, antum tahu dilema ini akan melanda ummah. Bukan sahaja hari ini, bahkan dari permulaan hingga ke akhirnya iaitu pada hari Kiamat. Itulah disebut-disebut baginda Nabi sebagai ghuraba’. Manusia yang mematuhi syariatullah akan menjadi orang asing, asing daripada kebiasaan zamannya. Seumpama orang dagang di tempat sendiri. Sebab? Semakin lama kita semakin terbiasa dengan peredaran zaman dan takut akan hilang maslahah sendiri. Biarpun begitu, kita masih ada pilihan sama ada untuk benar-benar berjuang di jalan lurus ke syurga atau memilih laluan berkelok-kelok ke neraka. Sungguh, bukan mudah menempuh jalan ke syurga. Pengorbanan bukan dilakukan kita seorang diri sebaliknya semua umat manusia. Itulah awal-awal lagi Rasulullah mengingatkan kita , ‘Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai aku melebihi ibu bapanya, anak-anaknya serta manusia seluruhnya’ Antum perlu membezakan pilihan itu membawa kebaikan atau keburukan kepada diri antum dan keluarga. Mulai hari ini, ana ingin antum meletakkan prioriti cinta.”

Seisi kelas madrasah berdengung dengan pertanyaan. Helal bingkas mengangkat tangan menyoal, “Bagaimana itu muallim??” Perlahan-lahan Muallim Hadi melakar rajah di papan tulis. Kau hanya memerhati lesu. Serasa baru kalah dalam medan jihadmu. Kalah dengan Amran, seorang kanak-kanak! Padanlah bumi al-Quds tak kontang pejuang. Mereka punyai tentera cilik dengan semangat waja dan thabat demi mempertahankan Islam. Muallim Hadi mula bersuara, “Lihat, letakkan Allah cinta pertama kita, kemudian Rasulullah, seterusnya cinta kepada jihad, yakni menghalang diri melakukan larangan serta mengikhlaskan hati melakukan suruhan Tuhan. Ringkasnya antum perlu menjaga dunia agar hanya berada dalam genggaman antum, bukan antum didalam genggamannya.” Muallim Hadi mengarahkan pandangan kepadamu. “Faham tu Umar?” Kau mengangguk sendu. Menahan air mata lelakimu daripada tumpah. Menyedari rupanya hidupmu sudah kontang dari tarbiyah. Sudah jauh dari jalan jihad. Kau, Umar, sudah menjadi tetiang langit yang meretak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tatkala pelupuk matamu mula bergenang air, susuk bonda kelihatan samar-samar. Rautnya lembut. Bonda berkata dengan nada memujuk, “Umar, tidak pernah ada manusia yang terlepas daripada kesalahan. Tiada bumi tidak ditimpa hujan. Bonda mendidikmu agar menjadi tiang langit yang kukuh, agar langit tidak menghempapmu. Agar bumi menghormatimu, kerana kelak pengakhiran kita semua adalah didalam perutnya. Selama ini kita berpijak diatas punggung bumi sesuka hati, di akhirnya bumi menjadi saksi kelakuan kita. Umar, dunia ibarat jelmaan perempuan yang diluarnya cantik jelita, walhal realitinya ia sudah tua. Bumi sudah tua Umar, tarikh luputnya semakin dekat…”  Kau mendekati, mengusap pipi tua bonda seraya mendengar alunan syahadatain beragaman di dimensi itu. Bonda menyambung lagi, “Sudah masanya Umar, untuk kau menjadi ulul albab.” “Apa ulul albab itu, bonda?” “Kau akan menemukannya sebanyak 16 tempat dalam al-Quran. Mereka adalah golongan yang mendapat pedoman daripada Allah, mampu membezakan antara yang haq dan batil. Mereka adalah pejuang dengan ilmu, bukan membabi buta menceburkan diri dalam kemusnahan. Mereka bukan teroris mahupun ekstremis, tetapi mereka adalah hamba yang berjihad dengan seluruh nafas hayatnya. Umar anakku, kau dicipta untuk tujuan itu!” Bonda menjauh, dan dimensi itu hilang dibawa nur.

nota kaki: hanyalah coretan diriku, hamba yang tidak pernah sempurna

Labels: , ,


30 December, 2011
◔ 11:19 pm // ✎ 3 comment(s)
Munazarah & Munaqasyah~


Tiba-tiba teringat Jiha. Jiha ada request nak tulis sal debat hari tuh (hari tuuuuuuuuuuu punye , lama dah) Aku pun cari balik gambar ni kat comp lama. Grrr. Yang tak bestnya folder gambar2 akhir tahun arituh da terdelete. Even kat recycle bin pun takde. Taktau la clearance ape aku dah buat. Lenyap la gambar ngan Ustaz Saer semua. 

Berbalik pada tadi, team munazarah ni baru first time ditubuhkan tahun ni. Kitorang berempat (Pidah, Mokye & Jiha) menyahut cabaran yang tiba-tiba menjelma.. keh3. Before bertanding mestilah ada election kan, tapi apedaa kitorang je makhluk f5 yang ada. And tiba-tiba aku rase cuak. Act tak pernah speaking arab. Kalau adik aku yelaa juara hiwar daerah dolu2. Tu pon hafal skrip heehee~ The day bila ustazah Ariza suruh test cakap (whatever u wanna say) terus rasa gagup (gagap+gugup) barulah nak fikir arghhh aku boleh ke ni?? Tapi sebab semangat mereka bertiga yang kental terutama Jiha, i'm inspired by her =) redah ajelah kan.

And lepas berhari-hari terkurung dalam makam , eh makmal comp [honestly, manaa nak cukup masa, cari isinya, translate google, salin, bukak youtube jap, fb. haha] tapi sesungguhnya kitorang tak main2. Yelaa kebangsaan seh. Padahal sebelum ni tak pernah ada munazarah peringkat sekolah pun. Layan je ah T_T

Maka pada hari Jumaat yang ditentukan tu, kitorang bergerak dengan van baru Kusiss, perasmi la nih. hehe. Gi Nilai plak tu.. jaoh... dalam perjalanan tu aku duduk seat belakang driver. Sebelah wak, Ust Ridzuan. Aku tak paham kenapa dorg sume yer2 dok blakang. Then dah dekat mana tah aku rasa ngantuk. Mokye dah lamaaa bahagia tidoq kat belakang. Da lepas2 tu baru dia cakap kat aku "aku bukan apa, ustaz selalu kutoq ktorg tdo pepagi kat kelas, aku lari la gi belakang" cess bukan nak cakap awal2. =,='




Ringkasnya kitorg sampai kat apartmen penginapan. Dapatla sorg akak jaga kitorg. Kak Wan Fauzan namanya. Macam mane entah, kitorg panggil Kak Nana je. Lupe la hehe, tapi Kak Nana kata orang laen mana ada panggil dia Nana =,=' Dan kitorg sangat5555 laa rapat ngan Kak Nana sebab kitorg team banat semua, guru pengiringnya ustaz pulak, Kekok la tuh. Masuk2 bilik je kitorg dah hu ha hu ha (biasa la perangai kat asrama , make urself at home AHAHA) Tak lama lepas tu pintu diketuk , gedegang~!!! [tipu je dowh mana ada macam tu] Kitorg lari macam kene kejar hantu Mak Limah. Peh, lawak sungguh. Rupa-rupanya team SMK TAR yang datang.. Dorg share unit ngan kitorg (satu unit uh ada 3 bilik, dalam 8 katil kot?) pastu taaruf la macam biasa.. yang segannya apa tau? dorg SMK biasa tapi team kitorg lagi gila2 yang amat dr dorg. hehe. Petang tu kitorg lepak jela sebab taklimat malam. Yela nak tunggu orang Kelantan Sabah Sarawak sumer. Maka kitorg zzzZZz. Tiba-tiba ada akak laen datang check. Dia sngt terkejut sebab kitorg tido. Team lain tengah hempas pulas berlatih bagai kat bawah. Ufufufufu~ aku bangun la nak solat asar. And I cried. A lot. Rindu sekolah. Rindu apalah. Rasa macam "Allah, macam mana aku boleh datang sini. Kenapa aku ada kat sini." masa tu kepala memang berat sangat. Dan memikirkan esok nak lawan. Aku cepat2 betulkan niat. Apa? rahsia.. heheh. So ak bertenang balik. Maka malam tu kitorg gi taklimat kat auditorium FPQS Usim. At first aku terkejut gila. Sepanjang2 lebar taklimat prof tu dalam barab. Haishh. Nasib baik lepas tu dia buat simulasi, guna bm. Barula nak masuk kepala kan. Malam tu ready2 beg ada short note dengan isi untuk 8 tajok (double 2 untuk hukumah & mua'radhah , meaning 16 la)

Pagi sabtu tuh kitorg ready untuk 3 jaulah (pusingan) bermaksud 6 tajuk (hukumah dan mua'aradhah) Segalanya random. Daripada tajuk jaulah dan team lawan. Hukumah @ mua'radhah ditentukan ngan baling coin~ b4 lawan. Aku dah tak ingat tajuk2 jaulah. Tapi masa jaulah first kitorg menang dengan jayanya. Sebab2 due team takde pengalaman. huhuh. Takde mencelah pon! Lawak je. Tapi Mokye afdhal munazirah (best debater) Bila keluar keputusan kitorang ranking top 10. Gila lah. Ke top 5 ek? heheh. Then jaulah ke-2 kitorg kalah. Mungkin sebab lawan ngn semua banin SMKA Tahap. Cuak ke? Ceh xdelah. Kitorg kalah sebab isi sikit berbanding dorg. And berbanding team lain pun. Fuh dorg punye? Tebal dan bercetak dan dipegang sewaktu bertanding. Ktorg punye kertas lipat2 0h-so-colourful plus tulisan cincai aku (sampai sekarang aku kagum dalam diam camne jiha, mokye & pidah boleh paham).Okay jaulah 3 masa petang. Lawan dengan team comel dari SAMTEN , kan Afifah? && hakim time tu ustaz Hamad Kenali. dia sangat2lah awesome!! =) Aku dah agak penat petang tu. Ustaz Ridzuan pun perasan. Da habeh tu dorg sibuk2 cakap aku kunci. Amende tah =,=' yang penting hari tu dah berakhir okay. And malam yang sangat bez~! sebab abang pidah ada kat sana, train dak Kisas ngn bakal kakak ipar die~ dingdong~ . Malam tu die bawak kitorg gi Tesco. Aku tak nak cakap sal makanan *malu heheh tapi masa nak balik die belanja secret recipe..mwahahahaha~ malam tu kitorg stay up sampai lebam. Tido la lepas tu.

Ahad adalah kemungkinan last day aku ngan Mokye. Sebab ktorg nak gi Forum Daerah. Dan sebab aku rase ktorg tak depat gi sparuh akhir kot. huhu. Tapi kalau dapat pun, dah ada pengganti kat sana. Mokye jela penting. Aku cuma simpanan. Okay, jadi ktorg main jaulah 4. Aku tak ingat sangat dah. Lawan SMKA Tok Jiring rasanya. ek Jiha? Jaulah 5 ngan siapa ye... =.=' dan agaknye (agaknya lah, bukan kalau, jangan lawan takdir) kitorg kalah sebab satu benda tak best. Remember isi malam tadi yang kitorg stay up sampai lebam2 tu? TAKDE. TERTINGGAL KAT APARTMEN. fuh best betul. Sudahnya 10 minit masa kuarantin tu kenalah hempas pulas ingat balik isi semalam. Alah, apa nak buat, and lastly jaulah 6 vs SMKA Sharodz. Ustazah Sharodz pelik sangat tengok ktorg. Die tnye, ktorg ni memang sukasuka macam ni ke [sebab ktorg asyik gelak2 je , masa kuarantin pon HAHA] hmm. keputusan jaulah 6 esok harinya. Tapi tengok kedudukan ktorg rasenye tak dapatlah masuk next jaulah. ;p redha la. ktorg datang timba pengalaman timba ilmu je.Jadi petang tu aku dengan Mokye balik Kusiss. Lalala byebye USIM. Aku sms cikgu Nuar kate nak baliiiiiiikkkkkkkkkkkkk dahhhhhhhh bukak pagar depan haha. Tp die tak balas pulak. Makan2 jap, malam waktu prep baru sampai sekolah. Cari cikgu kat mana entah. Aku naiklah kelas dulu. Bestnya dua makhluk yang aku sayang dua2 ada kat situ heheh. Korg menjemput tuan puteri datang ey? Kih3. Pastu aku ngan Mokye gi bilik gerakan.. Cikgu dok bebel2 "saya tunggu pukul 6 tadi mana kamu tak balik2, saya dok jerit2 kat aspuri" "Lah kenapa cikgu x balas msg saya?" "Aku takde kreditla bodooooh~~~~" aii sabo jela.

Then macam biasa cikgu test dorg berempat [Man, Mokye, Dyan ngan Amir] . Eh , Dyan sakit time bila ye? uhuhu lupa. Tapi malam tu cikgu gantikan Man dengan aku. Peh. Aku rasa @_@. Paling penting aku takut Man terasa oo. Tapi bila aku slowtalk dia macam lek je. Aku terima jelah ;( walaupun aku rasa macam...macam2 la. Tinggal sehari untuk berlatih. Waktu kuarantin Isnin tu aku call Jiha. Alhamdulillah kitorg dapat num 27/50.. menang jaulah 6.. aku afdhal munazirah hwahahahahha bangge. =p . Aku ngan Mokye pun semangat la berlatih untuk forum neyh~ huhu.

Selasa di SMK Dato' Harun. Memandangkan dewan masih sepi dari peserta kitorg pergi kantin. [gila lah buat macam sekolah sendiri..] Mokye lagila bungkus makanan, makan dlm dewan. Org bertanding, dia makan. Tabikla. hehe~~~ sebelum tu ktorg dah pakat, lepas naik pentas je, makan kat kantin. HAHA. Sampai waktunya kitorg kuar lah. Dupdap dupdap. Fuuuh~ seyes gila muka cikgu Nuar. =,= Blablabla.. abes pun! kantin~!!!


taktaulahh sapa snap pic nih =,=

Keputusan kuar tengah hari tu jugak. Kitorg lek je. Takmau pakai blazer. Sekali dapat~~ johan maa... ahahahah. Gelabah pakai blazer. Mokye dapat panel terbaik lagi. Haihh berkat makanan kantin tapau tadi. haha. Part paling bez cikgu belanja McD (oiii makan lagi) .

Da lah. penat . hehe. THE END.

Labels: ,


03 February, 2011
◔ 7:34 pm // ✎ 1 comment(s)
Tauhidic Ukhuwah

Tauhidic Ukhuwah ialah satu formula baru jalinan tauhid+ukhuwah.
apa ada pada tauhidic ukhuwah?

ان الموءمنين الاخوة

S e s u n g g u h n y a orang m u k m i n itu b e r s a u d a r a


i s t i m e w a n y a tauhidic ukhuwah

Ketika orang lain bersahabat, berteman kerana prioriti diri ,
mereka yang menggunakan tauhidic ukhuwah akan memperoleh ukhuwah yang mantap,
kukuh dan insyaAllah membawa ke syurga Allah.

m e n g a p a ?

Ketika tauhidic ukhuwah digunakan,
segala-galanya lillahi taala. Bukan kerana kekayaan, kecantikan ,
kemahsyuran, kehebatan atau apa-apa sahaja yang kau sukai. Hal itu hanyalah bersifat sementara dan akan terhapus, LUPUS! Lalu ukhuwah itu kaulupakan sementelahan kau tidak dapat beroleh sebarang manfaat lagi darinya. Dimanakah nilai ukhuwah yang sebenarnya?

p e r s a h a b a t a n RETORIK

Bersepah-sepah barangkali. Kelihatan ukhuwah mereka begitu kuat, tidak boleh dijentik sedikitpun si A, pasti si B akan membela sahabatnya sedaya upaya. Aduh, malang...tanyakan sahaja pada si B, bila agaknya tarikh lahir si A, berapa orang anggota keluarganya? Jangan terkejut kalau si B tidak mampu menjawabnya! Kerana ramai orang yang bersahabat pada luaran, tetapi dalam hati saling membenci. Bersahabat kerana kepentingan. Duhai sahabat, kau tidak menyandarkan ukhuwah kita pada-Nya lalu kau tidak akan pernah ikhlas untuk menyayangi aku seadanya...

k e r a n a manusia tidak sempurna

Tauhidic ukhuwah adalah cara. Kau akan membantu sahabat ketika dia merangkak, bertatih, berjalan lalu berlari. Kau akan memimpin dan menuntunnya jika dia terjatuh, bukan menjatuhkannya atau melukainya. Jangan benci kepada العاصى, bencilah kepada معصية yang dilakukan.


kpd dai'eku aku bertanya ,
"kenapa kita tak boleh dapat semua yang kita nak??"
jawab ام كلثوم,
"sebab manusia tak sempurna"

Labels: ,


15 January, 2011
◔ 8:55 am // ✎ 2 comment(s)
Bermulanya....

prolog sebuah perjuangan.
satu, dua, tiga hari yang aman damai. tenang tenteram. 3 penghuni di kamar
Fatimah Az- Zahraa'. Lapang luas saujana mata memandang. HAHAHAHA

hari keempat. SELAMAT DATANG PUTERA & PUTERI BONGSU SMKAKS. pendaftaran 1 Hidayah dibuka. Ah , teringat pula 4 tahun dahulu. keh3 :p usai pendaftaran, menghadirkan diri ke kamar Fatimah Az - Zahraa'. Ruwaidah setia menanti.

monolog.
eh eh, kenapa tiba-tiba banyak habuk dorm ni? sapa sapu ha pagi tadi? eh aku yang sapu. cis! mesti ada org sabotaj! ehm.... tolong jap la budak tu pasang cadar.. hmm, ni dik, mai sini tengok, haa..lipat dua selimut tu..weh! tengok la sini! jaga ko nanti kalau tak betul...

tik,tok,tik,tok...
kamar kosong kembali. puteri-puteri bongsu dan ibu bapa beredar untuk bersantap.
Ruwaidah pandang Siti Maryam. Siti Maryam pandang aku. Aku pandang Ruwaidah balik.
Eleh, dah laparla tu. sembang kejap + kek pisang , bergerak ke DM...ayam2! haha

petang I.
jeling2. dik, baldi tu tak usah letak dalam dorm. letak kat luar je. "biarlah"
amboi melawan kau ye! takpe2, sabar.... nada KEREK; "kak lepas ni pergi mane?" (senafas dituturkan) "solat asar" (nada KEREK jugak) kau tunggula kak Nadiah kau balek nanti. siaplah kau.

akhir petang I.
Nadiah balik dan menghempaskan...................dirinya keatas katil. hancur harapanku.

malam I.
halaqah2. cepatla weh. heiish! macam2 la kanak2 riang ni. usai mengaji...
Ruwaidah selaku KD ; TAARUF blablablabla......Fiffy,Sakinah,Siti,Yasmin,
Nabila,Ad,Ecah,Shikin,Nadira,Shahira,Khadra,Aqilah.. okay sekarang pasal organisasi. COP!!! Ruwaidah oii... INTRODUKSI dulu la.. haiyaa... tiba2..... :c aloh.. janganlah nangis sayang.. homesick la pulak....ngeng ngong ngeng ngong.... (lupa lah. banyak sngt) ZzzzZZ...


B'day Cik Nad 8hb.
Qida, lepas iron. ak naik dorm jap. 1200. Ezah sedang melingkar. eyh. kenapa aku naik dorm haa??? lupa plak. "Tira, dah la!" oo0o0..haah..lupa lar.. dah ye..
Happy Birthday Nadiah!! huhu.. whusshhh!!!! rambut beliau memutih dek talkum Safi.
berlakulah adegan kejar mengejar yang berlaku di dalam kamar Fatimah Az - Zahraa'.
Berlarutan hingga ke acara pencak silat di tengah asrama lantas mengundang jeritan Bedot , "Atira!! diam la!! orang nak tido!!" opss... okeh2..

Ahad.
erghh... perit gle tekak.. sejuk nih.. xnak ah mandi dulu....
(.............................) laa!! ade kelas math ke? baru nak menidurkan diri lagi... balikkk!!!!!!!

petang Isnin.
Ruwaidah: pagi tadi xco bising. dorm kotor. budak2 tinggal barang
aku: ???? malam ni settlekan...
maka malam itu Ruwaidah melarang mereka meninggalkan kamar selagi belum clear! hasilnya... chantek la...

bday Shera 11hb.
Sanah Helwah Shera :party
kejadian yang tidak disangka berlaku di kelas Bio.
sedang ralit membincangkan haemophilia, blood blockage and stroke; KM kesayangan
kami (sayang woo.. menangeh + pucat semua jadinya) terjelepuk. aku cemas dan
perkara bodoh yang terlintas dalam fikiran aku adalah
"xkanlah KM kne sampuk kot..hahahahahahaha"

lalu beliau dibawa oleh Amar & Rushdy ke sickbay asrama..haih, mulanya Man yang nak bawa. larat ke ko Man oii? haha. Pengsan la pulak nanti

malam 12hb.
kamar kosong sebab adik-adik pergi perjumpaan. (kes gunting? ish3.. pelik2)
Maka....aku dan Nadiah pon.... maen tenis ala hoki dlm dorm!! ahahahaha~ Ruwaidah
melontarkan pandangan membunuhnya namun tak ada kesan... sorry le. haha.. nasib baik
tak kemek loker2 tu smwe... esoknya ak mengantuk dlm kelas.. keletihan kot. huahaha

Jumaat.
Cabaran Minda 1Malaysia... board game besar ala Monopoly... bez!! huhu
program ni campur ngn dak Tiram Jaya... kesian d0rg.. dah la sikit, semua f4.. kitorang 5 Amal,Ihsan ngan Takwa. macam SMKAKS je yang conquer game..huhu.. tambah bez lagi bila group Kuning menang.. untungla ada dak2 akaun berkaliber cam Dayah,Shiela ngn Afiq Ayap..haha. Kuning terbaek la :) kan Ezah,Zieha? makan hati je En. Pink disebelah..huahahaha

Labels: ,


06 December, 2010
◔ 9:12 pm // ✎ 0 comment(s)
Iman sebagai bidayah 1432H

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa-jiwa mereka"

اسلام الدين الحق


berpaksi iman , adakah atas tiang nama, panji bangga atau luhur jiwa?

pengukur iman , adakah bunga jariah, buah amal atau pohonan jihad?

iman adalah cinta & tidak ada sesiapa boleh menghalang sang pencinta.

cinta kepada الخالق tidak boleh dipertikai dan cinta IMAN itu rahsia antara hamba dengan Tuhan..

Labels:


26 November, 2010
◔ 11:09 am // ✎ 0 comment(s)
Seharum kasturi

Kutitipkan luahan ini buat dai'eku,
srikandi yang menghidupkan akhir malam di bumi barakah..


deringan jam loceng mengejutkanku dari tidur yang lena, maklumlah, keletihan kerana berjaga pada malam sebelumnya (eleh basuh+iron baju je pon..). Jam 4 lebih. Jika aku mendapat kekuatan, aku akan segera bangkit untuk membersihkan diri. "Nada,bangun Da," kemudian aku akan menggoyang-goyangkan katil sambil berharap Zahraa pula terjaga.hehe..kebiasaannya Zahraa sangat mudah dikejut. Beralih pula untuk mengejutkan Fairuz,Safurah dan....... hai, Farah..Farah.. katil siapa pula jadi mangsa nih..haha.Kubiarkan Hafizah lena.(5.30 waktu standard,lebih awal..susah sikitlah)

Dalam keadaan separa sedar aku mencapai tuala dan menuju ke kolah..dalam perjalanan.."assalammualaikum kak" huh?? haa.. aku membalas dengan anggukan. Ouh maaflah dik, ngantok!! huhuh. Setibanya di kolah,aku melihat kelibat dai'eku itu..aishh,dia dah bangun..tak boleh jadi ni...begitulah kegemaranku dalam diam. (dan kalau aku mampu bangun awal pada masa tu)Aku akan bersaing siapa lebih awal ke musolla..huahahaha~~
aku mula mengenali dai'eku ini sejak dari tingkatan 1 lagi..tapi tidak begitu rapat. Kemudian ketika tingkatan 3 aku mula tertarik untuk merapatinya, (f3,,,tersangatlah rajin qiam.. hipokrit nak periksa).Aku mendapati dia melakukannya setiap hari,tak pernah miss!! Kagum beragaman dalam hati. Sungguh istiqamah. Aku pun jadi terikut-ikut sekali. Kebetulan pula kelas kami bersebelahan,kelasku merupakan kelas tingkatan 3 yang berada dihujung. Kebiasaannya aku akan datang awal dan membaca ma'thurat (tak buat dah sekarang..isk3) lalu dia akan menjadi orang pertama melalui blok (pastilah pertama selepas aku :P)Aku akan menyapanya dengan girang.hehehe

Naik ke tingkatan 4,aku semakin suka menyainginya. Walaupun kadang-kadang rasa tidak
layak menjadi mad'unya..aku sangat risau kerana telah mengecewakannya. Aku rindu, munaqosyah petang, kata-kata nasihatmu, rindu dengan haruman kasturi itu. Haruman pertama yang kucium di bilik telekung tiap awal pagi.. katamu, "selagi akak masih ada,selagi itulah bilik ini akan berbau kasturi" . Aku tersentak sebenarnya ketika itu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan perpisahan itu akan tiba... Wahai dai'eku halalkanlah ilmu yang kau sampaikan padaku, maafkan aku kerana gagal menjadi mad'u yang baik dan membanggakanmu.

Tidak dapat tidak, aku pasti akan mengingatimu, dalam setiap haruman kasturi,
yang aku mula sukai, kerana kau menyukainya juga....


حظا سعيدا يا اختي

اصلح نفسك وادعوا غيرك

Labels: , ,


16 October, 2010
◔ 7:55 pm // ✎ 8 comment(s)
Munawwarah ; finally

Setelah bertungkuh lumuh eh, bertungkus lumus dari awal tahun (yeke?)
akhirnya cik Munawwarah kita berjaya dihantar ke pencetak. 8)

Beberapa minggu yang lalu adalah saat yang agak kritikal hingga memaksa kejadian seperti:

~menahan diri dari kutukan (gemok,gemok) dari saudara Faris Hashim dan Shahir Rahmat

~menyusahkan saudara Amir untuk convert segala macam docs yang ada (beliau dengan muka tension berkata; arghh,virus!!virus!)

~stay up di pejabat warden bersama cik Zulaikha,cik Qem dan cik Nazihah hingga jam satu pagi

~stay up disekolah sehingga jam 12 bersama cik Qem (tak Isyak lagi tuh)

~melepaskan waktu p&p sambil mendengar bebelan Saudari Syida ,(oh pada pagi itu berlaku sedikit dialog antara beliau dan saudara Muin yang membuatkan saya tergamam sebentar) :f
cik Cici bahagie juge tanpe P&P..hahaa

~aik?? memori bersama saudara Fateh tiada dalam database. Yang ada hanya wajah gembira beliau saat jamuan raya oleh cikgu . Huahahahahhahaha :party

Labels:


02 August, 2010
◔ 8:34 am // ✎ 2 comment(s)
Dua hati yang berpaut,kerana-NyA


Dimanapun kau berada...aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

Ibnu Taimiyyah mengatakan,

فَإِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْيَدَيْنِ تَغْسِلُ إحْدَاهُمَا الْأُخْرَى . وَقَدْ لَا يَنْقَلِعُ الْوَسَخُ إلَّا بِنَوْعِ مِنْ الْخُشُونَةِ ؛ لَكِنَّ ذَلِكَ يُوجِبُ مِنْ النَّظَافَةِ وَالنُّعُومَةِ مَا نَحْمَدُ مَعَهُ ذَلِكَ التَّخْشِينَ

“Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu bagaikan dua buah telapak tangan manusia. Telapak tangan yang satu itu membasuh telapak tangan yang lain. Terkadang kotoran itu tidaklah hilang kecuali dengan gosokan yang cukup keras dan dengan hal tersebut tangan akan menjadi bersih.Oleh itu, kita menilai gosokan yang keras tersebut sebagai satu perlakuan yang terpuji”

Duhai,rupanya ukhuwah fillah tidak pernah mati!
Ini kisah tahun 2008....dikira-kira usiaku baru 8 tahun ketika itu.
Selaku penuntut SRAI,aku diwajibkan mengambil UPSR dan PSRA sekaligus.
Suatu hari,sekolah menerima seorang guru praktikal untuk subjek Lughah.
Jujur aku menyatakan,ini merupakan titik-tolak aku belajar mencintai
bahasa syurga ini.

Ustazah mengajar dengan bersungguh-sungguh.Biarpun aku masih kecil,namun
bukankah kanak-kanak lebih tahu akan erti keikhlasan?Terkadang loghat Peraknya jelas
kedengaran sewaktu beliau mengajar.Kadang-kadang kami dibawa ustazah ke padang,disitu
kami akan belajar di bawah pokok besar yang rendang (waktu itu,SRAI Batu Belah masih menumpang di SRA belakang masjid,padang juga belum dibina pusat futsal)

Ustazah juga mengajar subjek hafazan.Aku sangat sayang pada ustazah.Hingga hari
ini,aku masih ingat ustazah membacakan surah An-Nazi'at dengan suaranya yang lembut.
Bacaan ustazah tidak beralun,tetapi bunyinya lebih kepada bercerita kepada kanak-kanak,bagaimanapun cukup jelas hinggakan aku tak perlu merujuk kitab dan hanya perlu menumpukan pada bacaannya!

Tibalah saatnya untuk berpisah...pada hari terakhir,ustazah mengumumkan ustazah akan memberi hadiah kepada seorang anak muridnya yang paling dikasihi.Ustazah meminta kami semua menutup mata.Siapakah gerangan murid yang bertuah itu?Aku masih ingat kata-katanya,
Didalam sebiji limau,ada beberapa ulas yang manis dan masam..dan ulas yang manis itu kamu..
Lalu ustazah menyebut namaku.Aku bingkas membuka mata.Aku sudah tidak ingat lagi reaksiku ketika itu.Yang aku tahu,jam biru pemberian ustazah itu aku letakkan disisi katil.
Malangnya,suatu hari,adikku telah merosakkannya.Aku sangat marah,namun kanak-kanak mudah lupa..

Sejak pemergian ustazah,aku sedar aku sangat merindukannya.Ketika guru BM mengajarkan penuliusan surat kiriman,aku menulis surat untuk ustazah,namun surat itu tidak
pernah kuhantar.Aku ada juga berhubungan dengan ustazah sekali-sekala.Ustazah juga pernah mengirimkan surat dan kad raya dan seingat aku,aku hanya membalasnya sekali dua.Aku juga sebenarnya malu untuk selalu menelefon hinggalah suatu hari aku diberitahu ustazah sudah tidak tinggal di kampung (ustazah beri no.tel di kampung). Ustazah bertugas di Izzudin Shah,Ipoh hingga ke hari ini.Entah bagaimana,kami 'lost contact'.

Masa berlalu,namun aku tidak pernah melupakan ustazah.Aku pernah menjejak ustazah di forum alumni Izzudin Shah,namun jawapan yang kuterima,"ustazah sudah berkahwin dengan Ustaz Hasri,apakata contact Ustaz Hasri sahaja" aku menggaru kepala yang tidak gatal.Aduh,siapa pula ustaz Hasri....

Apabila aku mendaftar ke laman facebook,aku menemui banyak halaman guru-guru dan kawan sekolah rendahku.Tergerak dihati untuk mencari ustazah,aku masukkan nama ustazah (dengan harapan beliau menggunakan nama penuhnya~) Alhamdulillah.Benarlah dia sudah kutemui (ececeh) Aku menghantar mesej mengenalakn diriku,mana tahu ustazah sudah terlupa,yalah sudah 8 tahun tidak bertemu.Ustazah pun kini sudah mempunyai 2 cahayamata yang comel.Lama mesejku tidak dibalas.Aku sedikit kecewa,mungkin ustazah jarang on9.Namun minggu sudah aku menerima balasan yang membuatkan airmataku menitik keharuan;
Ya Allah...anak murid ustazah..ustazah letak gambar Atira atas meja..
Ustazah kemudiannya menanyakan khabarku dan dimana aku menuntut sekarang.Aku membalas sedayaku dan berharap ustazah akan mengirimkan khabarnya lagi.Benarlah ukhuwah fillah tidak pernah mati...

Labels: ,


13 March, 2010
◔ 11:11 am // ✎ 2 comment(s)
4 EHSANNN 2010



Welcoming new members;


Syifa'aSiti HajarAmalina Niza
Najihah KarimahIzzati AuniFadzlin Afiqah
Wan Hazwani

Tetap SETIA....

Zairul Fazrin-Amar Syahmi-Rushdy-Radhzi-Nabil Fikri
Tiera-Najah-Zieqa-Pura-Ezah-Piqah-Nik-Neddy
Syifa'-Zieha-Yuz-Cici-Zue-Shera-Bella-Te'ah-Afiqah-Diyan


Mampukah SPM 2011 melakar sejarah??
Wawasan kami:::terus usaha jangan henti!


upcoming event- 25 MAC 2010 [Khamis] insyaAllah PBAKL 2010 @ PWTC



AJK Badar berwibawa; Nabil


PK Kelas yang gelabah; Ezah & Ah Long kami, Piqah

Zieqa and Hajar...


Ehem...suasana pembelajaran yang kondusif??

Amir kami; Zairul

Yaa~penolong S/U yang berwibawa

Labels:


13 February, 2010
◔ 12:56 pm // ✎ 3 comment(s)
Biology:Osmosis and Diffusion





Jom study!
Pautan juga kepada kuiz bagi tajuk ini::

Cell Transport Quiz

Labels:


27 December, 2009
◔ 1:29 pm // ✎ 4 comment(s)
Rezeki dari Ar Rahman


Tolib dan tolibah yang Mumtaz ! :)


  1. Fateh Najwan
  2. Azrul Syafiq
  3. Huzaifah
  4. Zul Hilmi
  5. Nurul Syifa'
  6. Fairuz Farhani
  7. Aimi Nabilah
  8. Nik Nur Ayuni Ardila
  9. Nasirah Ismail
  10. Najihah Annazeerah
  11. Maryam Khalidah
  12. Nurul Syahida
  13. Faziera Diana
  14. Nurul Safurah
  15. Nur Haziqah
  16. Fadhilah Hilmiah
  17. Nur Aina
  18. Nur Diyana
  19. Najmuddin
  20. Habibul Kareem
  21. Amirul Asyraf Muhajir
  22. Abdul Rosyeed Robbani
  23. Haziq Syazani
  24. Shahir Rahmat
  25. Ana Syahirah
  26. Tasneem
  27. Nurul Hafizah
  28. Nurul Syahira
  29. Sarah Ibrahim
  30. Zarul Fikri
  31. Nur Azizah
  32. Fathin Hanani Zulkifli
  33. Amirah Zahrah
  34. Fatin Nur Farahin
  35. Najihah Radhiyah
  36. Nur Syarafina
  37. Shahir Saufi
Nama Haziq besar,atas permintaan...[Huh seb baek dia ajar aku sains]
Sebenarnya,aku tak sangka boleh dapat macam ni,
maklumla aku bukannya pandai sangat.hehe~~
Bagi yang tak berjaya,jangan sedih~SPM belum lepas lagi..huhu..
Mabruk sebab korang pun terror juga!Bukang senang nak dapat 5,6,7,8 A..
I've been there so i knew how it feels~Rezeki di tangan Allah.
Bak kata orang tu...ada hikmahnya [okayh, i'll listen to you..] ;)


muka gementar angah..haha


gambar blur dek photographer x bertauliah

Labels:


22 December, 2009
◔ 9:25 am // ✎ 0 comment(s)
Luruskan saf...(peringatan buat kita)





Dari Nu'man bin Basyir RA berkata,
"Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah
meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati
bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau
keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir,
kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf.
Beliaupun bersabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau
ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian."


Hadith diatas menjelaskan bahawa meluruskan saf itu perlu bagi
menyempurnakan
solat secara berjemaah.Tapi kadang2,kita ambil remeh
benda ni..panas la,sempit la,
Even kt Masjid Negeri
pun benda ni berlaku...yelah,especially tempat muslimat..

takkan la imam nak check sampai atas kut? hehe~

Fenomena ambil-remeh tentang meluruskan saf ni merupakan satu
kepincangan.
Paling teruk aku tengok,sampai
terpisah saf tu! Boleh jadi 2 line pecah tengah..
ish3...
kalau kat masjid2 kecik,surau untunglah ada makcik2 tolong tegur,
itu pun
kadang-kadang buat tak dengar je.
Yelah akhir zaman,saudara sendiri dianggap gharib.

Seperti kata-kata Anas bin Malik R.A,

"Masing-masing dari kami(dahulu)
menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki
kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka
menjadi seolah-olah KELDAI LIAR.(tidak suka dan menjauh)."

Labels: , , ,


27 September, 2009
◔ 6:36 pm // ✎ 0 comment(s)
Menulis,perlukan keberanian?

Qala'l hukama':
"Al-Qiraat miftahul ilm"


Jalinan antara pembacaan (Qiraat) dan pengetahuan (Ilm) adalah pegangan Ulul Albab.
Oleh yang demikian penulis memainkan peranan yang besar dalam mentablighkan ilmu.

Seorang penulis harus menulis Haq,tidak membatilkan Sirr,dan memutarbelitkan kenyataan apatah lagi melaga-lagakan pembaca melalui perselisihan pendapat.

Memetik sedikit daripada cerpen saudara Sabda S:Di Alam Barzakh

"Hari pertama,daripada mesin taip yang pertama,
apakah yang kamu hasilkan?"
"Saya menulis tentang ketidakadilan dalam pemerintahan."
"Tahukah kamu betapa ramai hati-hati yang
tergores akibat puisi kamu itu?"
"Tidak tahu,tuan.."
"Semua menteri,ketua-ketua organisasi danpara pelaksana dasar
berasa tertekan dengan puisi itu."
"Saya tidak tahu tuan."
"Kamu mesti meminta maaf daripada mereka."
"Baiklah,tuan."
.....................................................................................
"Aku bukan tuan,Aku hanya utusan yang ditugaskan untuk
mengingatkan,bahawa setiap kesalahan terhadap
manusia perlu kemaafan sebelum diberi keampunan"
"Tahukah kamu ada antara mereka yang sudah mati?"
"Lalu bagaimana untuk saya memohon maaf?"
"Kamu boleh mencarinya dimahsyar nanti."
"Aduh..bagaimana saya mengenali mereka!"
"Kamu akan mencari selama berpuluh tahun lamanya!"
"Aduh!Kalau tak jumpa,bagaimana?"
"Amal ibadatmu akan ditolak,diberikan kepada orang yang dianiaya
dan yang kamu buruk-burukkan."



Di sekolah,guru ada mengajar kita menulis fakta.Fakta itu harus didasari isi-isi yang
benar
.Berlainan pula dengan fiksyen.Cerita yang ditulis meskipun semata-mata fiksi
tetapi perlulah mematuhi batas-batas syarak.Senario masakini ternyata menyaksikan
lambakan fiksyen yang lari dari tujuan asal penulisan;mentarbiah dan menjana
pemikiran kritis-kreatif. Ulul Albab;anda perlulah bijak membuat pilihan.

Sesungguhnya,sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.


Aku hanyalah sekadar penulis picisan,menulis yang bukan2. =p
Tetapi bukanlah penulisan itu disampaikan melainkan dengan bermesej moraliti.
hEHe...renung-renungkan..



Dapatkan kompilasi Hadiah Sastera Utusan 2008;
Bayang di Tirai Belulang

Labels: ,


13 September, 2009
◔ 10:36 am // ✎ 0 comment(s)
Dia dah dekat~

PMR LG 24 HARI!!


Alhamdulillah..
Ahsulu bil mumtaz..dlm TRIAL
yg 'mncemaskan' hidup 2..
heheh..

apa-apa pun,
masih ad satu lagi subjek kena kukuhkan,
eh,2 la kot..

hua. May Allah bless.

Labels:


08 August, 2009
◔ 9:41 pm // ✎ 2 comment(s)
hilangkan stress~ :D

Eherm2...
Tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka dalam cerita ini::


TERIMA KASIH CIKGU!!


(iNtRO: Atira dan Safurah/Syida/Najah/sesiapa yang tgh kebulur-
berlari-lari anak ke kantin)

Pura: Tira,cepat gila kita ni.
Tira: Tak apa,aku dah lapar.Cepat!! nanti Maryam habiskan ayam.


(Kelihatan pura tergapai2 mencapai nasi lemak)
huahahhahahahahhahahaha

Selepas menjadi orang pertama makan [tapi yang paling lambat selesai]
Atira bermusyawarah dengan Nik.

Tira: Nik,Nik.Apa nikmat terbesar selepas Iman dan Islam?
Nik: Apa dia??
Tira: Ayam goreng.


(Dah tak ingat apa berlaku selepas tu.Rasanya NiK buat something yang menjejaskan otak Atira.)

Ah,Nik memang dasar DEBE-DEBE..hahahaha

Labels:


09 June, 2009
◔ 10:25 am // ✎ 0 comment(s)
Al-FAsLu'L iDhOfaH...

Haziqah..menyambut hari lahir yg ke 60..hehehe~


Weii Najah~~...bangun2..jgn td0!!!




NikNuR dan Tirah..curi tulang ye??







Hehe..selaku pelajar f3 yg tekun,rajin lagi dedikasi..
maka sedikit waktu cuti pon dikorbankan untuk mnghadiri klas tmbhan iyh..
wlaupun dmm,ttap b'semangat nak pegi kelas..
maklumlah,ana nie x berapa pandai..kalau tertinggal lagi susah..haaih..~

Apa-apa pun terima kasih dekat cikgu2..
[and 4 the homeworks to0..we luv it]huhuh..



Labels: