AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



13 April, 2013
◔ 10:40 pm // ✎ 2 comment(s)
variasi -kalau-aku-di-tempatnya-

kebolehan, mencipta diksi baru dalam satu-satu babak.
boleh memilih untuk melihat secara lahiriah. tapi mata hati degil mentafsir. tamsil -

"A mencuri dompet dari saku belakang B yang leka berjalan"

tafsir A itu keji . tiada lain pekerjaan dicari, mahu yang mudah sahaja mencuri
tafsir B itu keji. penuh wang rasuah wang berjudi dalam dompet terisi
tafsir A itu kasihan. mencuri demi keluarganya merempat di jalanan. malah hamil 4 bulan.
tafsir B itu kasihan. kerjanya kais pagi habis dimakan, kais petang habis ditelan

atau tamsil mudah dalam petikan drama wayang gambar

"C memilih untuk meninggalkan keluarga angkatnya setelah bertahun diasuh dan dijaga"

tafsir C manusia lupa diri. dengan mudah melupakan orang yang berjasa kepadanya
tafsir C wajar kembali. menerima dan menyayangi waris asalnya
tafsir C terpaksa memilih. untuk mencari masa lalu atau membiar diri hilang tanpa sejarah

dan rahsia apakah yang Tuhan sembunyikan dalam tafsir pelbagai cabang?
kalau aku di tempat dia, kalau aku yang merasainya. bagaimana?
kalau aku adalah dia, apa yang akan aku lakukan? 
dengan tafsiran itu aku berfikir bagaimana pemikiran kita berbeza.
apa yang tersembunyi disebalik lakumu. apa yang mencorak aku berlaku sebaliknya.
kontradiksi tafsiran.. maka hingga saat ini,,

I can't decode your thoughts.