aneh bukan? dalam seribu satu jalan tersedia di dunia, kau tercampak di jalan ini. ya. kau. kau yang sedang membaca. ini bukan hikayat aku sang penaip di balik papan kunci.
kau berpagi-pagian dengan harapan
berpetang-petang dengan usaha
bermalam-malam merangka impian
ah. setiap hari adalah perjuangan. setiap hari adalah tugas tertangguh, tanggungjawab tak tertunai, masa tak tercuri.
pada // semasa meniti jalan ini, berapa banyak sudah kau kehilangan?