AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



15 February, 2014
◔ 10:42 pm // ✎ 0 comment(s)
bangunlah watan



(do turn on caption for English translation)

Sebuah lagi video tipikal dari Hamza Namira. Tipikal kerana temanya masih tidak bergerak setelah bertahun-tahun; masih berkisar hurriyah yakni kemerdekaan sebenar yang diharap-harapkan pada bumi Mesir. Cuma kali ini beliau memilih untuk berjauh hati.

 أملنا يا وطن خلصان
khalas. harapan kami pada watan sudah tiada. khalas.

Usai mengadunkan lagu ini dan Map Of Love karya Ahdaf Soueif (berlatarkan tahun 1900-an), berlalunya millenia baru nyata tidak merubah landskap Mesir. Mesir adalah negara rebutan. Terlalu banyak tangan-tangan yang ingin mengalihkan kekuasaan dari tangan peribuminya. Revolusioner bergerak dan tumbuh dengan mimpi untuk menjadikan watan itu watan mereka, sepenuhnya. Mesir adalah negara mimpi. Penduduknya penuh mimpi kerana tanpa mimpi itu hurriyah hanya bayangan. Sayang, kebangkitan yang dirancang tidak menjadi. Seperti bait-bait dalam lagu ini, kebencian dan hati mati tidak membawa ke tujuan yang satu.

Maka siapakah yang bertanggungjawab kepada korban marhaen dan membesarkan jurang gharib antara tetangga? Watan. Watan bukan negara, watan ialah maujud tanah air dan isi-isinya. Pemimpinnya. Rakyatnya. Muslim. Koptik. Apabila kesatuan dan hormat dicemar korupsi dan gila kuasa, berpecahlah watan. Bagi marhaen yang mengharap watan menjadi pelindung, sia-sia bermimpi. Watan itu sendiri hanya bayangan!

Lintasan hati untuk menyatakan relasi Mesir dan Malaysia barangkali jauh tersasar. Namun kekhuatiran untuk menjadi saksi watan yang berantakan masih munasabah. Kebimbangan ini berasas lahir dari sejarah rusuhan kaum terdahulu. Kebimbangan ini berasas lahir dari lontaran fitnah dan umpan perbalahan dek perbezaan kaum nan majmuk. Aduh watan manira, usah kita jadi Masry yang punah impian..