AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



23 March, 2014
◔ 10:43 pm // ✎ 0 comment(s)
souti hareb minni

bila pena pun tak mampu bicara, ketik papan kunci tidak lagi berbunyi, inikah tanda jiwaku mati? souti hareb minni. my voice was taken away.


ada impian (atau mungkin tidak pernah termimpi) yang telah Tuhan kabulkan. alhamdulillah, segala puji untuk rahmah dan ehsan-Nya yang tak pernah berkurang meski diri berpaling. hari berlalu seperti kata-katanya Hasan Basri; ia bukan apa-apa malah membawa pergi sebahagian diri manusia itu juga. baik laku, baik ia berlalu, buruk laku, buruk ia berlalu. mendorong fikir zikir betapa banyak khilaf dan salah pada Dia dan manusia lainnya.

dan aku sedang dalam laluan belajar. terlalu banyak yang aku belajar dalam tempoh ini. dan sedikit sebanyak aku cuba memahami roda takdir yang berputaran. aku teringat pesanmu sahabat, suatu hari nanti kita pasti akan berada di atas. semoga kau kembali hulurkan tanganmu, dan kembali menjadi 'kita'. oh, dalam tempoh ini.. aku masih menangis; sama cengengnya seperti aku yang dulu. aku masih ketawa, sama riangnya seperti aku yang dulu. tetapi bahagia dan duka bukan diukur dari senyum dan air mata. aku dapati rupanya bahagia termaksud dalam tabah. dalam pengakuan bahawa diri pernah berbuat khilaf. dalam senyap menekuni tanggungjawab. bukankah bahagia, (selain pemberian Tuhan), adalah pilihan?

bahagiaku adalah usaha tanpa putus asa. keputus-asaan hanya muncul jika sudah jelas putusan Tuhan.

terkadang bila diam berseorangan terasa sebal, sebak. barangkali tangan ini yang mengubah dan menjadi asbab jalan takdir terubah. atau mungkin ia bukan takdir sama sekali. atau mungkin ia bukan dimaksudkan begitu begini, sekian sekian. terpegun setagal aku membaca kalamnya Ibn Athailah :- "mendahulukan segala cita-cita itu tidak akan mencarikkan kota takdir" Allahu, tetapi aku bukan memegang bendera pasrah! aku percaya redha itu pilihan. usaha juga pilihan. dan aku memilih usaha. meski matlamatku tampak mustahil.