Jalinan antara pembacaan (Qiraat) dan pengetahuan (Ilm) adalah pegangan Ulul Albab. Oleh yang demikian penulis memainkan peranan yang besar dalam mentablighkan ilmu.
Seorang penulis harus menulis Haq,tidak membatilkan Sirr,dan memutarbelitkan kenyataan apatah lagi melaga-lagakan pembaca melalui perselisihan pendapat.
Memetik sedikit daripada cerpen saudara Sabda S:Di Alam Barzakh
"Hari pertama,daripada mesin taip yang pertama, apakah yang kamu hasilkan?" "Saya menulis tentang ketidakadilan dalam pemerintahan." "Tahukah kamu betapa ramai hati-hati yang tergores akibat puisi kamu itu?" "Tidak tahu,tuan.." "Semua menteri,ketua-ketua organisasi danpara pelaksana dasar berasa tertekan dengan puisi itu." "Saya tidak tahu tuan." "Kamu mesti meminta maaf daripada mereka." "Baiklah,tuan." ..................................................................................... "Aku bukan tuan,Aku hanya utusan yang ditugaskan untuk mengingatkan,bahawa setiap kesalahan terhadap manusia perlu kemaafan sebelum diberi keampunan" "Tahukah kamu ada antara mereka yang sudah mati?" "Lalu bagaimana untuk saya memohon maaf?" "Kamu boleh mencarinya dimahsyar nanti." "Aduh..bagaimana saya mengenali mereka!" "Kamu akan mencari selama berpuluh tahun lamanya!" "Aduh!Kalau tak jumpa,bagaimana?" "Amal ibadatmu akan ditolak,diberikan kepada orang yang dianiaya dan yang kamu buruk-burukkan."
Di sekolah,guru ada mengajar kita menulis fakta.Fakta itu harus didasari isi-isi yang benar.Berlainan pula dengan fiksyen.Cerita yang ditulis meskipun semata-mata fiksi tetapi perlulah mematuhi batas-batas syarak.Senario masakini ternyata menyaksikan lambakan fiksyen yang lari dari tujuan asal penulisan;mentarbiah dan menjana pemikiran kritis-kreatif. Ulul Albab;anda perlulah bijak membuat pilihan.
Sesungguhnya,sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.
Aku hanyalah sekadar penulis picisan,menulis yang bukan2. =p Tetapi bukanlah penulisan itu disampaikan melainkan dengan bermesej moraliti. hEHe...renung-renungkan..