AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



30 September, 2012
◔ 1:04 am // ✎ 2 comment(s)
momen-momen plastik

momen-momen plastik saat kau bertanyakan khabar imanku,
dan aku menjawab: "aku biasa-biasa saja"
saat kau menyapa salam fillah,
aku menyambut dengan hati rapuh. kerana sesungguhnya kita jauh.
terpisah pada batas imanku yang tohor.

dan apabila kau mengesan aku merungut ;-
hingga adakalanya kita masih menyimpan sedikit pengharapan, pada setiap luka dan kekecewaan yang mendalam.

tanpa suara pun aku dapat mendengar pesanmu :
Jalan juang ini telah tertulis untuk kita !
Mungkin kita akan jatuh, rebah atau tersungkur.
Mungkin Dia ingin mendidik agar tidak terlalu manja, tidak terlalu selesa dengan nikmat sedia ada.
Kita mencium harum tarbiyah , merinduinya namun hanya sekadar memanggil nama.
Siapa? Siapa yang akan menyediakan buatmu?
Sementelah bulat tidak hadir bergolek, pipih tidak datang melayang.

"Aku harus mencari.
Kau sudah menemukannya, sayang.
Aku berada dalam lingkar insan baik budi - berhati waja
Aku harus mencari. Biar bertahun-tahun baru aku temukan.
Agar kita kembali dalam satu halaqah. Dan aku tidak perlu mencipta momen plastik lagi."

ini, hanya mampu kuluah dalam hati.

Labels:


28 September, 2012
◔ 11:04 pm // ✎ 0 comment(s)
Imej

Imej adalah translasi objek.

Imej selalunya ilusi saja.

Perempuan ini ilusi. Aku perempuan ilusi.

Sebab, imej yang kaulihat hanya pantulan, aku bersembunyi.

Hati, aku tak mahu daerah ini diceroboh lagi.


Labels:


06 April, 2012
◔ 4:00 pm // ✎ 0 comment(s)
Futuwwah 7 Pemuda

khusus untuk yang dirindui , al-Kahfi 1-30.
maaf ya sebab kamu sudah dilapisi debu dan karat-karat kasal. [كسل]
sedang kamu masih berbaki 80 lagi ayat untuk dihafaz.


إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى    

18:13
“Futuwwah bererti jalan hidup para pejuang kerohanian (spiritual chivalry). Setiap pelaku yang meneladani jalan ini juga disebut Fata , yang secara harfiah bererti Pemuda yang elok (akhlaknya) dan gagah berani (dalam menegakkan kebenaran dan keadilan). Kata Fata, baik dalam bentuk tunggal ataupun jamak (fityah) hanya tersebut dalam al-Quran  untuk menunjukkan anak muda yang berperlakuan baik.”

Ini hikayat kalian ; tujuh fityah dalam gua . Arghh tidak. Ada yang mengatakan tiga, yang keempat anjing kalian. Ada yang membilang lima, keenam itu anjing kalian walhal ada lagi yang membilang jumlah kalian tujuh, yang ke lapan anjing kalian. Katakanlah (Wahai Muhammad) Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka. Begitu tertera kalam Tuhan.

Sudah menjadi kebiasaan di Kota Ephesus yang gah itu, penduduknya menyambut satu perayaan gilang gemilang, di mana berhala dan patung-patung dihias indah. Mereka berdiri disekitar patung-patung itu dengan riang gembira, memuja-muja serta menyembahnya. Jahil? Tidak. Kejahilan hanyalah istilah bagi mereka yang tidak mengetahui kebenaran. Sedang mereka penduduk kota asalnya beriman kepada Dia yang Esa. Malang, kedatangan Raja Diqyanus yang kufur menyembah berhala memaksa rakyat menganut fahamannya. Maka ramailah yang menjadi lalang. Meliuk-liuk ditiup angin kufur. Dalam ramainya manusia yang tersesat itu, ternyata masih ada kalian, tujuh pemuda bangsawan masih enggan menuruti. Kalian menebarkan pandangan ke muka bumi yang luas, pada langit membiru, gunung ganang yang terbentuk, pohonan menghijau serta seluruh penghidupan yang dicipta pelbagai rupa. Sepakat kalian mengakui, pasti Dia yang mencipta dan menguasai. Dialah Tuhan, Dialah Allah. Lantas kalian bersumpah akan setia mentauhidkan Dia secara sembunyi, kerana bimbang keimanan ini dihalang raja negeri yang zalim. Biarlah hilang gelar bangsawan, itu bukan apa-apa kerana kalian ingin memilih jalan yang dilalui kekasih Allah.

Mengapa sampai 309 tahun ajaib kalian tidur didalam kahfi itu ? Tidak lain tidak bukan kerana Dia. Kalian berkumpul, bersembunyi dari Raja Diqyanus yang mengerahkan tentera-tenteranya untuk membunuh kalian. Hahaha! Ketakutan itu bukannya bertapak di hati kalian, bahkan Diqyanus kufur itu yang gentar. Takut benar dia. Takut benar akan  pemuda-pemuda yang ingkar dari perintahnya malahan mengesakan Dia dan menolak ketuhanan berhala. Hujah kalian kepada Diqyanus ; "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika demikian kami telah mengucapkan perkataan yang jauh daripada kebenaran. Kaum kami telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah?" (18:14-15) Raja Diqyanus tetap tegar mahu menentang kalian. Tempoh beberapa hari diberikan agar kalian merubah fikiran dan murtad dari aqidah yang kalian imani. Lari.... kalian berlari demi Iman yang harus dipertahan. Bukan gentar akan kematian tetapi gentar membelakangkan keesaan. Sudah ditetapkan destinasi ; bersembunyi di pergunungan bernama Nikhayus. Akhirnya, tibalah kalian disebuah gua untuk berehat dan berlindung.  Usai mengurus diri, tertidurlah kalian dengan nyenyak.

Malam berganti siang, siang pun berganti malam, tahun berganti tahun dan abad berganti abad. Hujan malah ribut tidak mengganggu lena kalian. Dengan takdir Tuhan, sinar matahari menerjah pintu gua, menyinari terik sehingga kalian bertujuh terjaga. Aduh, lapar benar kalian rasakan. Salah seorang antara kalian bertanya, "Aku kira sudah lama benar kita tertidur di sini. Apa perkiraan kalian?" Yang lain menjawab "Mungkin sudah sehari semalam lamanya kita tertidur." Pemuda lain meningkah, "Ketika kita tidur masih pagi, sekarang matahari masih belum terbenam, ku kira baru setengah hari kita tertidur". Berkata pula pemuda keempat, "Tuhan saja yang mengetahuinya sahabat. Ah, apa pun perutku sudah lapar. Apa kata salah seorang daripada kita keluar ke pasar dan membeli sedikit penganan? Ini wangnya. Hati-hati jangan tertangkap."

Berangkatlah seorang pemuda kahfi bernama Tamlikha menuju ke kota. Bukan kepalang hairan Tamlikha melihat kota sudah berubah nuansa. Benar, itulah Kota Ephesus. Tetapi binaan di dalamnya sudah berubah. Malah orang yang lalu lalang pun tampak gharib baginya. Aneh. Fikirnya. Aneh. Ketika dia melangkah terpinga-pinga seorang lelaki datang mendekat. Tamlikha menjauh, khuatir dicekup askar upahan Diqyanus. Mujur lelaki itu hanya bertanyakan tujuan kedatangannya, dia menyangka Tamlikha adalah orang dagang yang baru pertama kali mngunjungi Kota Ephesus. Tamlikha itu menjawab , "Aku bukan orang asing, aku hanya ingin membeli sedikit penganan." Lelaki itu lalu membawanya ke pasar untuk mendapatkan penganan. Disaat Tamlikha membayar menggunakan wang perak kepunyaannya, si penjual dan lelaki tadi terpegun. Sunyi setagal. Dalam hati pemuda rusuh, khuatir tersalah laku. Penjual akhirnya bertanya , "Anak muda, bukankah ini matawang lama, matawang tiga abad yang lalu? Kau datang dari negeri asingkah?"

Orang ramai mula mengerumuni mereka. Masing-masing kelihatan teruja untuk mengetahui asal usul pemuda asing itu. Tamlikha menggeleng-geleng kepala. "Wang ini dipesan oleh rakanku untuk membeli penganan. Baru kelmarin aku menggunakan wang perak seperti ini buat berjual beli." Subhanallah! Sesudah Tamlikha bertukar-tukar kisah dengan orang ramai yang berkumpul, pujian-pujian kepada Tuhan beragaman dalam jiwa tiap-tiap penduduk yang berada di situ. Siapalah yang tidak pernah mendengar kisah tujuh pemuda yang lari daripada kepungan raja zalim. Kisah ini telah mahsyur diperkatakan oleh penduduk kota. Tercenganglah Tamlikha mendengarnya. Subhanallah. Kuasa Tuhan. Tetapi masih ada yang tidak mempercayai kekuasaan Tuhan. Tamlikha dibawa berjumpa raja atas tuduhan mencuri harta karun. Mujurlah Allah telah meletakkan keadilan di Kota Ephesus. Pemerintahnya kini  raja yang soleh dan beriman. Tahulah kalian, daripada bukti-bukti yang dihamparkan di hadapan kalian, sudah tiga abad masihi lamanya kalian berada di dalam gua itu.

Kalian lalu bersujud dan berdoa agar Allah  menurunkan rahmatNya dan mengizinkan kalian pulang ke
alam baqa'. Tidak lama sesudah mengucapkan doa itu kalian menghembuskan nafas yang terakhir dengan tenang. Duhai, tahukah kalian, akulah antara mereka yang beriman dengan hikayat kalian. Aku beriman dengan hikayatmu yang dibawa turun Jibril dari langit-Nya sebagai nasrullah kepada baginda Nabi menjawab persoalan seorang lelaki kafir. Tahukah, kalian telah menjadi asas futuwwah kepada pemuda dan pemudi yang beriman dengan Tuhan kalian. Dia, yang lebih dekat dari urat lehermu. Tahukah, kalian menjadi hikayat futuwwah (spiritual chivalry) tertulis dalam al-Furqan. Itulah kalian mengajar kami ilmu alam, lowongan masa (time hole) hanya dikuasai Dia bahkan pereputan jasad setelah tiga abad tidak berlaku, segala-galanya kerana Dia. Itulah kalian membuktikan , kun fayakun.

nota:
menurut para ulama 7 pemuda tersebut ialah
  • •    Maksalmina
  • •    Tamlikha
  • •    Martunus
  • •    Bainunus atau Nainunus
  • •    Sarbunus
  • •    Dzunuanus
  • •    Kasyfitatanunus

serta seekor anjing bernama Qithmir. Terdapat khilaf dalam penentuan lokasi kahfi , wallahua'alam.

Labels: , ,


29 April, 2011
◔ 4:20 pm // ✎ 0 comment(s)
Pelbagai mehnah (geleng2 kepala)

Adapun tersebutlah sebuah kisah mengenai seorang pelajar yang kepala otaknya tidak berapa betul :i

Kisah bermula.....

pad asua tuhar iadas ebu ahzo omeng al amik ekec ohank eran abebe rap eeko rmon yetp eliha raant elaht erlep asn amunk esem uanyab erja yadi tang apsem ulake cua lisee kory angse dangm emba cat eksbo do hini






Rajah 1.1

5 Ihsan = Trip to KLIBF 2011 {280411}
x x x = {280411}
5 Ihsan = 11 peserta x x x

Berdasarkan maklumat dan rajah di atas , apakah yang dapat anda simpulkan?

A) Atira bakal berlakon dalam 'Hantu Kak Limah Balik Rumah 2'
B) Lukisan Shiela sangat menarik
C) Diskriminasi : orang atasan sering mementingkan diri dan menindas orang bawahan
D) Kesemuanya sekali
E) TAK FAHAM :brow


Wahai ulil amri di luar sana ,
ingatlah! ingatlah! dan ingatlah!
jangan menganiayai dan memperlekehkan orang bawahanmu .
Sesungguhnya maraknya api bermula dari puntung kecil berbara ..

Labels:


01 May, 2010
◔ 1:16 pm // ✎ 0 comment(s)
rapuh....


Semalam ku memandang langit
Cahaya qamar melimpah
Gumpalan awan terlukis
Awan yang meneduhi
Awan yang memayungi
Ku lihat awan begitu sayu
Oh awan apakah di hatimu?
Jaufullail ku menadah pada Rabb
Tuhan,siapakah aku berbanding awan?
Aku bukan peneduh
Aku bukan lembayung
Aku gusar aku tidak setanding awan !
Sebagaimana Kau menghidupkanku
Sebegitu jualah hidupku bersebati dengan awan
Kerana aku hanya langit tidak berbintang....

Labels: ,


22 December, 2009
◔ 9:25 am // ✎ 0 comment(s)
Luruskan saf...(peringatan buat kita)





Dari Nu'man bin Basyir RA berkata,
"Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah
meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati
bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau
keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir,
kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf.
Beliaupun bersabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau
ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian."


Hadith diatas menjelaskan bahawa meluruskan saf itu perlu bagi
menyempurnakan
solat secara berjemaah.Tapi kadang2,kita ambil remeh
benda ni..panas la,sempit la,
Even kt Masjid Negeri
pun benda ni berlaku...yelah,especially tempat muslimat..

takkan la imam nak check sampai atas kut? hehe~

Fenomena ambil-remeh tentang meluruskan saf ni merupakan satu
kepincangan.
Paling teruk aku tengok,sampai
terpisah saf tu! Boleh jadi 2 line pecah tengah..
ish3...
kalau kat masjid2 kecik,surau untunglah ada makcik2 tolong tegur,
itu pun
kadang-kadang buat tak dengar je.
Yelah akhir zaman,saudara sendiri dianggap gharib.

Seperti kata-kata Anas bin Malik R.A,

"Masing-masing dari kami(dahulu)
menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki
kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka
menjadi seolah-olah KELDAI LIAR.(tidak suka dan menjauh)."

Labels: , , ,


27 October, 2009
◔ 12:44 pm // ✎ 2 comment(s)
Rehlah ke Kelate

Ya...yang gila-gila diatas ini adalah PK kelasku




Manakala yang lebih 'gila' ini; Ketua kelas



23 hingga 25 Oktober 2009..
Tingkatan 3 Takwa @ Kelate










Hahaha~Lihat gambar diatas;
Nadiah sedang menggosok baju di Masjid Muhammadi.
Hrm.Tak tahulah berapa lama masa yang dia ambil....



Rombongan tiba tepat-tepat waktu azan subuh dilaungkan..Inilah gerbang yang aku
teringin sangat nak tengok..Aku masih ingat lagi,ayat kat gerbang sebelah kanan;
"Udhuluha bisalamin aminin"

Usai urus diri,kami pun bersarapan.Huu~pakcik gerai tu friendly betul..speaking B.I..
Kat sini nak order ais,kena sebut be.Malam tu masa makan kat Gua Musang,
nampak tulisan teh o b.
Maryam:Apa benda teh o b?
Tiera:Teh o batu kot...
Maryam:Heii!!

Barulah tau..B tu bermaksud teh o be...

Pengkalan Kubor


Thailand,seberang sungai je..hehe~

Pantai Seri Tujuh
Panas wooo waktu ni...tengah2 hari buta..
Main celup-celup pun jadilah..
Air dia boleh tahan jernih..Tak tahula sedalam mana..
Macam2 dirasakan waktu ni...
Kenapa kecewa?? Hurm..adalah.. :P


Gelagat Syida dan Yuz...mungkin nak masuk Bintang Kecil kot..




Nadiah dan Nik

Jubakar


Perusahaan batik@ rumah saudara Cikgu Wan


Model kain..warna ( )...huhu..patutla

Sekitar KB

Ain't a busy road..


Bersepah Yuz makan

Sebelum makan,aku,Fairuz terpisah dengan yang lain.(Yelah,excited tengok keychain..)
Tahu-tahu semua dah tak ada.Aku fikir,"Aiks,laju betul dia orang makan?"
Masa tu cuak la juga.Aku menyesal sebab heret si Yuz sekali.Mujur la jumpa
Pura,Dyan,Aimi & Zieqa kat sini.

Membeli Belah di Pasar Siti Khadijah



Huu...kat sini semua ada



Sesi tawar-menawar.Aimi ambil masa yang [agak] lama la jugak.Aku dah tawaf dua tiga kiosk
dia masih di tempat yang sama.Kesudahannya,entah jadi beli entah tak..


Nabil lagi...

Aku suka betul tengok iklimu'ddin di Kota Bharu ni.
Azan asar berkumandang jelas diseluruh bandar.
Walau dimana pun kita berada,kewajipan harus dilaksanakan.
Allah berfirman dalam surah Al-Jumu'ah ayat 11;
قُلۡ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهۡوِ وَمِنَ ٱلتِّجَـٰرَةِ‌ۚ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ
bermaksud;

Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.


Disini juga aku bagi pihak urusetia ingin memohon maaf atas kelemahan program,
kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.Moga kita dapat memperoleh manfaat
dari rehlah ini,meskipun sedikit.

Labels: , ,


27 September, 2009
◔ 6:36 pm // ✎ 0 comment(s)
Menulis,perlukan keberanian?

Qala'l hukama':
"Al-Qiraat miftahul ilm"


Jalinan antara pembacaan (Qiraat) dan pengetahuan (Ilm) adalah pegangan Ulul Albab.
Oleh yang demikian penulis memainkan peranan yang besar dalam mentablighkan ilmu.

Seorang penulis harus menulis Haq,tidak membatilkan Sirr,dan memutarbelitkan kenyataan apatah lagi melaga-lagakan pembaca melalui perselisihan pendapat.

Memetik sedikit daripada cerpen saudara Sabda S:Di Alam Barzakh

"Hari pertama,daripada mesin taip yang pertama,
apakah yang kamu hasilkan?"
"Saya menulis tentang ketidakadilan dalam pemerintahan."
"Tahukah kamu betapa ramai hati-hati yang
tergores akibat puisi kamu itu?"
"Tidak tahu,tuan.."
"Semua menteri,ketua-ketua organisasi danpara pelaksana dasar
berasa tertekan dengan puisi itu."
"Saya tidak tahu tuan."
"Kamu mesti meminta maaf daripada mereka."
"Baiklah,tuan."
.....................................................................................
"Aku bukan tuan,Aku hanya utusan yang ditugaskan untuk
mengingatkan,bahawa setiap kesalahan terhadap
manusia perlu kemaafan sebelum diberi keampunan"
"Tahukah kamu ada antara mereka yang sudah mati?"
"Lalu bagaimana untuk saya memohon maaf?"
"Kamu boleh mencarinya dimahsyar nanti."
"Aduh..bagaimana saya mengenali mereka!"
"Kamu akan mencari selama berpuluh tahun lamanya!"
"Aduh!Kalau tak jumpa,bagaimana?"
"Amal ibadatmu akan ditolak,diberikan kepada orang yang dianiaya
dan yang kamu buruk-burukkan."



Di sekolah,guru ada mengajar kita menulis fakta.Fakta itu harus didasari isi-isi yang
benar
.Berlainan pula dengan fiksyen.Cerita yang ditulis meskipun semata-mata fiksi
tetapi perlulah mematuhi batas-batas syarak.Senario masakini ternyata menyaksikan
lambakan fiksyen yang lari dari tujuan asal penulisan;mentarbiah dan menjana
pemikiran kritis-kreatif. Ulul Albab;anda perlulah bijak membuat pilihan.

Sesungguhnya,sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.


Aku hanyalah sekadar penulis picisan,menulis yang bukan2. =p
Tetapi bukanlah penulisan itu disampaikan melainkan dengan bermesej moraliti.
hEHe...renung-renungkan..



Dapatkan kompilasi Hadiah Sastera Utusan 2008;
Bayang di Tirai Belulang

Labels: ,