AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



03 September, 2010
◔ 4:03 pm // ✎ 0 comment(s)
Cerita Ramadan .

Nah.
Pernah tak rasa keliru dengan diri sendiri?Macam tengah mengalami je.Sibuk orang soksek2 fasal jiwa kacau--aku termasuk ke?Haha...ish...sah dah tak betul sangat orang nih =.='

Sungguh hari Rabu lepas menguji kesabaran...dengan semangatnya, tiga eh empat gadis pingitan berhasrat mengeluarkan sedikit $$$$ di TK..mentang-mentang dapat biasiswa..tunggu bas punyalah....sampai 3:50..huh!! Takpela,boleh sabar lagi walaupun time tunggu tangan gatal sape tah pi baling2 batu kat bumbung bus stop..nak gugur jantung aku & Teah..hua~

Sesampainya di destinasi,kelihatan 2 orang pengawal tengah cover macho depan pintu BSN.Eish apahal?Laa....rasa nak meraung dan-dan tu jugak.Awat tak habaq tutup pukul 4??Dengan frustnya kita orang tayang muka depan BSN (ceh,mengemis simpati ke?Padahal tengah release penat je) Datanglah salah seorang pengawal yang cover macho tadi. "Dik,sekolah asrama ke? Ada duit tak nak balik?"Dengan kereknya aku pun jawab "ada,ada.." "Oh,kalau tak ada cakap.Abang boleh bagi pinjam,esok adik datanglah bayar balik" Ceyh kena bayar balik!! Ingatkan bagi terus. huahahah. Dengan segera kami beredar,yalah orang dah halau kan..ahaha.So balik asrama dengan tangan kosong & dapat nothing but penat+peluh.

Pagi khamis,aku cuba cari ikhtiar lain.Mula2 jumpa KW,beliau suruh aku jumpa pengetua,tapi lepas tu kata "x payahlah,kamu keluar lepas raya jelah" (Ohhh nooooooooo aku nak duit raya!!haha) "Takpela cikgu :((" dengan muka cekodok aku pun berlalu pergi.Beberapa belas minit kemudian Najah balik kelas cakap ; "Tira tadi cikgu tanya kau dah jumpa pengetua belum?aku cakaplah kau dah surrender". Hailoh,tadi kata tak payah..sekarang tanya pulak,kalau dia bagi aku tanya tadi dah laa dah aku tanya pengetua.(cekodok tadi un bertukar jadi cekodok goreng..huh!!)

Oleh kerana cikgu tak masuk kelas,busy...aku pun menyeret langkahku dengan hampa dan berputar-putar di sekeliling blok...sedang berjalan di koridor,ahah!Pengetua...nampaknya mood beliau agak baik...didapati beliau tersengih-sengih sepanjang perjalanan.Dengan pantas aku menyapa ustaz dan mengadu-domba akan masalahku...belum habis cerita ustaz dah call Wak Azwari dan mengaturkan agar kami dihantar dengan menaiki van pada petang itu....huhu
Jazakallah ya ustaz~~

Kat KS ada pulak jejak kasih...terjumpa dengan ustaz Rashid yang ajar aku masa darjah 3,wah~semangat aku cerita dengan ustaz..aku ingat lagi,dulu ustaz suka buat kuiz Fiqh,ustaz suruh banat dalam kelas pegang hujung lengan baju kalau nak angkat tangan..dengan keBLURan seorang budak 9 tahun masa tu aku tak fikir pun yang lengan tu aurat..ingatkan ustaz suruh jaga adab ke ape la kan.Dengan bangga riak dan takburnya (astagfirullah) aku bagitahu ustaz aku dah pakai armsock...ustaz pulak yang bangga :P

Alhamdulillah,hari Khamis berjalan dengan baik..iftar jama'ie pun 'azim sangat2 (sebab banyak makanan kot) ahaha.Yang tak seronoknya petang tu adalah pulak certain orang nak cari fasal..takpelah kawan2..sabar je.Kepala batu memang macam tu.Moreh;melantak sate,Nada buat jeli kelapa versi baru..+air coklat dutch lady+100 plus aku..kacau2...jadilah hidangan yang tak sanggup ditelan dek manusia.Entah gila ke apa aku malam tu,selamba je ngap sesudu...hurmm...bolehlah...adegan diteruskan dengan menambah sedikit kuah kacang ke dalam ramuan tadi..okay,bet dengan Pura, aku makan aku dapat duit raya RM2...ahh!
sesudu lagi..."tahniah2!! tira boleh masuk fear factor!!"sorak rakan-rakan dormku...kah3..selepas al-Mulk ada sesi bersalam-salaman dengan adik dorm...Eid Mubarak~

Labels: ,