AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



02 August, 2010
◔ 8:34 am // ✎ 2 comment(s)
Dua hati yang berpaut,kerana-NyA


Dimanapun kau berada...aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

Ibnu Taimiyyah mengatakan,

فَإِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْيَدَيْنِ تَغْسِلُ إحْدَاهُمَا الْأُخْرَى . وَقَدْ لَا يَنْقَلِعُ الْوَسَخُ إلَّا بِنَوْعِ مِنْ الْخُشُونَةِ ؛ لَكِنَّ ذَلِكَ يُوجِبُ مِنْ النَّظَافَةِ وَالنُّعُومَةِ مَا نَحْمَدُ مَعَهُ ذَلِكَ التَّخْشِينَ

“Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu bagaikan dua buah telapak tangan manusia. Telapak tangan yang satu itu membasuh telapak tangan yang lain. Terkadang kotoran itu tidaklah hilang kecuali dengan gosokan yang cukup keras dan dengan hal tersebut tangan akan menjadi bersih.Oleh itu, kita menilai gosokan yang keras tersebut sebagai satu perlakuan yang terpuji”

Duhai,rupanya ukhuwah fillah tidak pernah mati!
Ini kisah tahun 2008....dikira-kira usiaku baru 8 tahun ketika itu.
Selaku penuntut SRAI,aku diwajibkan mengambil UPSR dan PSRA sekaligus.
Suatu hari,sekolah menerima seorang guru praktikal untuk subjek Lughah.
Jujur aku menyatakan,ini merupakan titik-tolak aku belajar mencintai
bahasa syurga ini.

Ustazah mengajar dengan bersungguh-sungguh.Biarpun aku masih kecil,namun
bukankah kanak-kanak lebih tahu akan erti keikhlasan?Terkadang loghat Peraknya jelas
kedengaran sewaktu beliau mengajar.Kadang-kadang kami dibawa ustazah ke padang,disitu
kami akan belajar di bawah pokok besar yang rendang (waktu itu,SRAI Batu Belah masih menumpang di SRA belakang masjid,padang juga belum dibina pusat futsal)

Ustazah juga mengajar subjek hafazan.Aku sangat sayang pada ustazah.Hingga hari
ini,aku masih ingat ustazah membacakan surah An-Nazi'at dengan suaranya yang lembut.
Bacaan ustazah tidak beralun,tetapi bunyinya lebih kepada bercerita kepada kanak-kanak,bagaimanapun cukup jelas hinggakan aku tak perlu merujuk kitab dan hanya perlu menumpukan pada bacaannya!

Tibalah saatnya untuk berpisah...pada hari terakhir,ustazah mengumumkan ustazah akan memberi hadiah kepada seorang anak muridnya yang paling dikasihi.Ustazah meminta kami semua menutup mata.Siapakah gerangan murid yang bertuah itu?Aku masih ingat kata-katanya,
Didalam sebiji limau,ada beberapa ulas yang manis dan masam..dan ulas yang manis itu kamu..
Lalu ustazah menyebut namaku.Aku bingkas membuka mata.Aku sudah tidak ingat lagi reaksiku ketika itu.Yang aku tahu,jam biru pemberian ustazah itu aku letakkan disisi katil.
Malangnya,suatu hari,adikku telah merosakkannya.Aku sangat marah,namun kanak-kanak mudah lupa..

Sejak pemergian ustazah,aku sedar aku sangat merindukannya.Ketika guru BM mengajarkan penuliusan surat kiriman,aku menulis surat untuk ustazah,namun surat itu tidak
pernah kuhantar.Aku ada juga berhubungan dengan ustazah sekali-sekala.Ustazah juga pernah mengirimkan surat dan kad raya dan seingat aku,aku hanya membalasnya sekali dua.Aku juga sebenarnya malu untuk selalu menelefon hinggalah suatu hari aku diberitahu ustazah sudah tidak tinggal di kampung (ustazah beri no.tel di kampung). Ustazah bertugas di Izzudin Shah,Ipoh hingga ke hari ini.Entah bagaimana,kami 'lost contact'.

Masa berlalu,namun aku tidak pernah melupakan ustazah.Aku pernah menjejak ustazah di forum alumni Izzudin Shah,namun jawapan yang kuterima,"ustazah sudah berkahwin dengan Ustaz Hasri,apakata contact Ustaz Hasri sahaja" aku menggaru kepala yang tidak gatal.Aduh,siapa pula ustaz Hasri....

Apabila aku mendaftar ke laman facebook,aku menemui banyak halaman guru-guru dan kawan sekolah rendahku.Tergerak dihati untuk mencari ustazah,aku masukkan nama ustazah (dengan harapan beliau menggunakan nama penuhnya~) Alhamdulillah.Benarlah dia sudah kutemui (ececeh) Aku menghantar mesej mengenalakn diriku,mana tahu ustazah sudah terlupa,yalah sudah 8 tahun tidak bertemu.Ustazah pun kini sudah mempunyai 2 cahayamata yang comel.Lama mesejku tidak dibalas.Aku sedikit kecewa,mungkin ustazah jarang on9.Namun minggu sudah aku menerima balasan yang membuatkan airmataku menitik keharuan;
Ya Allah...anak murid ustazah..ustazah letak gambar Atira atas meja..
Ustazah kemudiannya menanyakan khabarku dan dimana aku menuntut sekarang.Aku membalas sedayaku dan berharap ustazah akan mengirimkan khabarnya lagi.Benarlah ukhuwah fillah tidak pernah mati...

Labels: ,