Nah. Pernah tak rasa keliru dengan diri sendiri?Macam tengah mengalami je.Sibuk orang soksek2 fasal jiwa kacau--aku termasuk ke?Haha...ish...sah dah tak betul sangat orang nih =.='
Sungguh hari Rabu lepas menguji kesabaran...dengan semangatnya, tiga eh empat gadis pingitan berhasrat mengeluarkan sedikit $$$$ di TK..mentang-mentang dapat biasiswa..tunggu bas punyalah....sampai 3:50..huh!! Takpela,boleh sabar lagi walaupun time tunggu tangan gatal sape tah pi baling2 batu kat bumbung bus stop..nak gugur jantung aku & Teah..hua~
Sesampainya di destinasi,kelihatan 2 orang pengawal tengah cover macho depan pintu BSN.Eish apahal?Laa....rasa nak meraung dan-dan tu jugak.Awat tak habaq tutup pukul 4??Dengan frustnya kita orang tayang muka depan BSN (ceh,mengemis simpati ke?Padahal tengah release penat je) Datanglah salah seorang pengawal yang cover macho tadi. "Dik,sekolah asrama ke? Ada duit tak nak balik?"Dengan kereknya aku pun jawab "ada,ada.." "Oh,kalau tak ada cakap.Abang boleh bagi pinjam,esok adik datanglah bayar balik" Ceyh kena bayar balik!! Ingatkan bagi terus. huahahah. Dengan segera kami beredar,yalah orang dah halau kan..ahaha.So balik asrama dengan tangan kosong & dapat nothing but penat+peluh.
Pagi khamis,aku cuba cari ikhtiar lain.Mula2 jumpa KW,beliau suruh aku jumpa pengetua,tapi lepas tu kata "x payahlah,kamu keluar lepas raya jelah" (Ohhh nooooooooo aku nak duit raya!!haha) "Takpela cikgu :((" dengan muka cekodok aku pun berlalu pergi.Beberapa belas minit kemudian Najah balik kelas cakap ; "Tira tadi cikgu tanya kau dah jumpa pengetua belum?aku cakaplah kau dah surrender". Hailoh,tadi kata tak payah..sekarang tanya pulak,kalau dia bagi aku tanya tadi dah laa dah aku tanya pengetua.(cekodok tadi un bertukar jadi cekodok goreng..huh!!)
Oleh kerana cikgu tak masuk kelas,busy...aku pun menyeret langkahku dengan hampa dan berputar-putar di sekeliling blok...sedang berjalan di koridor,ahah!Pengetua...nampaknya mood beliau agak baik...didapati beliau tersengih-sengih sepanjang perjalanan.Dengan pantas aku menyapa ustaz dan mengadu-domba akan masalahku...belum habis cerita ustaz dah call Wak Azwari dan mengaturkan agar kami dihantar dengan menaiki van pada petang itu....huhu Jazakallah ya ustaz~~
Kat KS ada pulak jejak kasih...terjumpa dengan ustaz Rashid yang ajar aku masa darjah 3,wah~semangat aku cerita dengan ustaz..aku ingat lagi,dulu ustaz suka buat kuiz Fiqh,ustaz suruh banat dalam kelas pegang hujung lengan baju kalau nak angkat tangan..dengan keBLURan seorang budak 9 tahun masa tu aku tak fikir pun yang lengan tu aurat..ingatkan ustaz suruh jaga adab ke ape la kan.Dengan bangga riak dan takburnya (astagfirullah) aku bagitahu ustaz aku dah pakai armsock...ustaz pulak yang bangga :P
Alhamdulillah,hari Khamis berjalan dengan baik..iftar jama'ie pun 'azim sangat2 (sebab banyak makanan kot) ahaha.Yang tak seronoknya petang tu adalah pulak certain orang nak cari fasal..takpelah kawan2..sabar je.Kepala batu memang macam tu.Moreh;melantak sate,Nada buat jeli kelapa versi baru..+air coklat dutch lady+100 plus aku..kacau2...jadilah hidangan yang tak sanggup ditelan dek manusia.Entah gila ke apa aku malam tu,selamba je ngap sesudu...hurmm...bolehlah...adegan diteruskan dengan menambah sedikit kuah kacang ke dalam ramuan tadi..okay,bet dengan Pura, aku makan aku dapat duit raya RM2...ahh! sesudu lagi..."tahniah2!! tira boleh masuk fear factor!!"sorak rakan-rakan dormku...kah3..selepas al-Mulk ada sesi bersalam-salaman dengan adik dorm...Eid Mubarak~
“Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu bagaikan dua buah telapak tangan manusia. Telapak tangan yang satu itu membasuh telapak tangan yang lain. Terkadang kotoran itu tidaklah hilang kecuali dengan gosokan yang cukup keras dan dengan hal tersebut tangan akan menjadi bersih.Oleh itu, kita menilai gosokan yang keras tersebut sebagai satu perlakuan yang terpuji”
Duhai,rupanya ukhuwah fillah tidak pernah mati! Ini kisah tahun 2008....dikira-kira usiaku baru 8 tahun ketika itu. Selaku penuntut SRAI,aku diwajibkan mengambil UPSR dan PSRA sekaligus. Suatu hari,sekolah menerima seorang guru praktikal untuk subjek Lughah. Jujur aku menyatakan,ini merupakan titik-tolak aku belajar mencintai bahasa syurga ini.
Ustazah mengajar dengan bersungguh-sungguh.Biarpun aku masih kecil,namun bukankah kanak-kanak lebih tahu akan erti keikhlasan?Terkadang loghat Peraknya jelas kedengaran sewaktu beliau mengajar.Kadang-kadang kami dibawa ustazah ke padang,disitu kami akan belajar di bawah pokok besar yang rendang (waktu itu,SRAI Batu Belah masih menumpang di SRA belakang masjid,padang juga belum dibina pusat futsal)
Ustazah juga mengajar subjek hafazan.Aku sangat sayang pada ustazah.Hingga hari ini,aku masih ingat ustazah membacakan surah An-Nazi'at dengan suaranya yang lembut. Bacaan ustazah tidak beralun,tetapi bunyinya lebih kepada bercerita kepada kanak-kanak,bagaimanapun cukup jelas hinggakan aku tak perlu merujuk kitab dan hanya perlu menumpukan pada bacaannya!
Tibalah saatnya untuk berpisah...pada hari terakhir,ustazah mengumumkan ustazah akan memberi hadiah kepada seorang anak muridnya yang paling dikasihi.Ustazah meminta kami semua menutup mata.Siapakah gerangan murid yang bertuah itu?Aku masih ingat kata-katanya,
Didalam sebiji limau,ada beberapa ulas yang manis dan masam..dan ulas yang manis itu kamu..
Lalu ustazah menyebut namaku.Aku bingkas membuka mata.Aku sudah tidak ingat lagi reaksiku ketika itu.Yang aku tahu,jam biru pemberian ustazah itu aku letakkan disisi katil. Malangnya,suatu hari,adikku telah merosakkannya.Aku sangat marah,namun kanak-kanak mudah lupa..
Sejak pemergian ustazah,aku sedar aku sangat merindukannya.Ketika guru BM mengajarkan penuliusan surat kiriman,aku menulis surat untuk ustazah,namun surat itu tidak pernah kuhantar.Aku ada juga berhubungan dengan ustazah sekali-sekala.Ustazah juga pernah mengirimkan surat dan kad raya dan seingat aku,aku hanya membalasnya sekali dua.Aku juga sebenarnya malu untuk selalu menelefon hinggalah suatu hari aku diberitahu ustazah sudah tidak tinggal di kampung (ustazah beri no.tel di kampung). Ustazah bertugas di Izzudin Shah,Ipoh hingga ke hari ini.Entah bagaimana,kami 'lost contact'.
Masa berlalu,namun aku tidak pernah melupakan ustazah.Aku pernah menjejak ustazah di forum alumni Izzudin Shah,namun jawapan yang kuterima,"ustazah sudah berkahwin dengan Ustaz Hasri,apakata contact Ustaz Hasri sahaja" aku menggaru kepala yang tidak gatal.Aduh,siapa pula ustaz Hasri....
Apabila aku mendaftar ke laman facebook,aku menemui banyak halaman guru-guru dan kawan sekolah rendahku.Tergerak dihati untuk mencari ustazah,aku masukkan nama ustazah (dengan harapan beliau menggunakan nama penuhnya~) Alhamdulillah.Benarlah dia sudah kutemui (ececeh) Aku menghantar mesej mengenalakn diriku,mana tahu ustazah sudah terlupa,yalah sudah 8 tahun tidak bertemu.Ustazah pun kini sudah mempunyai 2 cahayamata yang comel.Lama mesejku tidak dibalas.Aku sedikit kecewa,mungkin ustazah jarang on9.Namun minggu sudah aku menerima balasan yang membuatkan airmataku menitik keharuan;
Ya Allah...anak murid ustazah..ustazah letak gambar Atira atas meja..
Ustazah kemudiannya menanyakan khabarku dan dimana aku menuntut sekarang.Aku membalas sedayaku dan berharap ustazah akan mengirimkan khabarnya lagi.Benarlah ukhuwah fillah tidak pernah mati...