Kutitipkan luahan ini buat dai'eku, srikandi yang menghidupkan akhir malam di bumi barakah..
deringan jam loceng mengejutkanku dari tidur yang lena, maklumlah, keletihan kerana berjaga pada malam sebelumnya (eleh basuh+iron baju je pon..). Jam 4 lebih. Jika aku mendapat kekuatan, aku akan segera bangkit untuk membersihkan diri. "Nada,bangun Da," kemudian aku akan menggoyang-goyangkan katil sambil berharap Zahraa pula terjaga.hehe..kebiasaannya Zahraa sangat mudah dikejut. Beralih pula untuk mengejutkan Fairuz,Safurah dan....... hai, Farah..Farah.. katil siapa pula jadi mangsa nih..haha.Kubiarkan Hafizah lena.(5.30 waktu standard,lebih awal..susah sikitlah)
Dalam keadaan separa sedar aku mencapai tuala dan menuju ke kolah..dalam perjalanan.."assalammualaikum kak" huh?? haa.. aku membalas dengan anggukan. Ouh maaflah dik, ngantok!! huhuh. Setibanya di kolah,aku melihat kelibat dai'eku itu..aishh,dia dah bangun..tak boleh jadi ni...begitulah kegemaranku dalam diam. (dan kalau aku mampu bangun awal pada masa tu)Aku akan bersaing siapa lebih awal ke musolla..huahahaha~~ aku mula mengenali dai'eku ini sejak dari tingkatan 1 lagi..tapi tidak begitu rapat. Kemudian ketika tingkatan 3 aku mula tertarik untuk merapatinya, (f3,,,tersangatlah rajin qiam.. hipokrit nak periksa).Aku mendapati dia melakukannya setiap hari,tak pernah miss!! Kagum beragaman dalam hati. Sungguh istiqamah. Aku pun jadi terikut-ikut sekali. Kebetulan pula kelas kami bersebelahan,kelasku merupakan kelas tingkatan 3 yang berada dihujung. Kebiasaannya aku akan datang awal dan membaca ma'thurat (tak buat dah sekarang..isk3) lalu dia akan menjadi orang pertama melalui blok (pastilah pertama selepas aku :P)Aku akan menyapanya dengan girang.hehehe
Naik ke tingkatan 4,aku semakin suka menyainginya. Walaupun kadang-kadang rasa tidak layak menjadi mad'unya..aku sangat risau kerana telah mengecewakannya. Aku rindu, munaqosyah petang, kata-kata nasihatmu, rindu dengan haruman kasturi itu. Haruman pertama yang kucium di bilik telekung tiap awal pagi.. katamu, "selagi akak masih ada,selagi itulah bilik ini akan berbau kasturi" . Aku tersentak sebenarnya ketika itu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan perpisahan itu akan tiba... Wahai dai'ekuhalalkanlah ilmu yang kau sampaikan padaku, maafkan aku kerana gagal menjadi mad'u yang baik dan membanggakanmu.
Tidak dapat tidak, aku pasti akan mengingatimu, dalam setiap haruman kasturi, yang aku mula sukai, kerana kau menyukainya juga....