AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



19 February, 2011
◔ 12:15 pm // ✎ 0 comment(s)
Riang ria

entri ni agak memalukan diri sendiri.
to be honest, ak x pandai menjahit..haha..
and hari tu, Fify yg ajar ak menjahit..malu kot.. (cket..haha)
puas la jugak dia marah2 ak.. hamboi2..
tapi nak wat camne, dah dia memang pro..kot..

terlebih rajin nih.. loker pun ada langsir jahitan sendiri..ececeh..

[jap, asal ak promote bdk nih?? ni blog ak ke blog dye?? arghhh~!!!]


minggu ni rasa relaks je... except hari khamis tu, memang mengantuk yg amat.
subjek boleh tahan tapi zZZzz... mungkin sebab dalam otak dok pikir
JUMAAT-TAK BELAJAR-BALIK!! hahaha
tapi jumaat tu pun ak balik lmbat.. err..orang terakhir oh blek .
lepas asar ak duduk jap kat musolla.. bace buku...

"Allah yang maha pemurah menurunkan ujian/musibah kepada seorang hamba semasa hidupnya untuk menghapuskan/mengurangkan dosa-dosa yang telah ia perbuat. Jika ujian itu masih belum cukup untuk menampal (dosa-dosa) , rahmat pengampunan yang terakhir Allah berikan ketika sakaratul maut. Sesungguhnya sakaratul maut itu menghapuskan/mengurangkan dosa-dosa orang yang tidak menyekutukan Allah."

"Di akhirat kelak, umat manusia berbondong-bondong memohon syafaat daripada para anbiya' namun kesemua mereka berdalih, hinggalah akhirnya umat manusia bertemu Nabi Muhammad S.A.W di Baitul Mauquf. Selepas dibangkitkan, nabi telah lupa akan umat dan bersenang lenang bersama-sama anak-anak dan isteri-isteri baginda. Apabila terdengar seruan umatnya, nabi akan bergenang air mata, bersedih melihat nasib umatnya yang belum dihisab, diadili. Nabi lalu sujud kepada Allah dan mensyafaatkan umatnya. Umat Nabi Muhammad S.A.W akan beroleh air dari telaga haudh, airnya bening dan sesungguhnya telaga nabi adalah yang terbesar, berada ditengah-tengah telaga nabi-nabi bagi umat yang lain."


Heh! kat sini kamu ya. Penat Cik Nab cari. Ingatkan merayau ke mana.
aiyaaa.... kacau betul Cik Nab nih -_____-'

Labels:


26 November, 2010
◔ 11:09 am // ✎ 0 comment(s)
Seharum kasturi

Kutitipkan luahan ini buat dai'eku,
srikandi yang menghidupkan akhir malam di bumi barakah..


deringan jam loceng mengejutkanku dari tidur yang lena, maklumlah, keletihan kerana berjaga pada malam sebelumnya (eleh basuh+iron baju je pon..). Jam 4 lebih. Jika aku mendapat kekuatan, aku akan segera bangkit untuk membersihkan diri. "Nada,bangun Da," kemudian aku akan menggoyang-goyangkan katil sambil berharap Zahraa pula terjaga.hehe..kebiasaannya Zahraa sangat mudah dikejut. Beralih pula untuk mengejutkan Fairuz,Safurah dan....... hai, Farah..Farah.. katil siapa pula jadi mangsa nih..haha.Kubiarkan Hafizah lena.(5.30 waktu standard,lebih awal..susah sikitlah)

Dalam keadaan separa sedar aku mencapai tuala dan menuju ke kolah..dalam perjalanan.."assalammualaikum kak" huh?? haa.. aku membalas dengan anggukan. Ouh maaflah dik, ngantok!! huhuh. Setibanya di kolah,aku melihat kelibat dai'eku itu..aishh,dia dah bangun..tak boleh jadi ni...begitulah kegemaranku dalam diam. (dan kalau aku mampu bangun awal pada masa tu)Aku akan bersaing siapa lebih awal ke musolla..huahahaha~~
aku mula mengenali dai'eku ini sejak dari tingkatan 1 lagi..tapi tidak begitu rapat. Kemudian ketika tingkatan 3 aku mula tertarik untuk merapatinya, (f3,,,tersangatlah rajin qiam.. hipokrit nak periksa).Aku mendapati dia melakukannya setiap hari,tak pernah miss!! Kagum beragaman dalam hati. Sungguh istiqamah. Aku pun jadi terikut-ikut sekali. Kebetulan pula kelas kami bersebelahan,kelasku merupakan kelas tingkatan 3 yang berada dihujung. Kebiasaannya aku akan datang awal dan membaca ma'thurat (tak buat dah sekarang..isk3) lalu dia akan menjadi orang pertama melalui blok (pastilah pertama selepas aku :P)Aku akan menyapanya dengan girang.hehehe

Naik ke tingkatan 4,aku semakin suka menyainginya. Walaupun kadang-kadang rasa tidak
layak menjadi mad'unya..aku sangat risau kerana telah mengecewakannya. Aku rindu, munaqosyah petang, kata-kata nasihatmu, rindu dengan haruman kasturi itu. Haruman pertama yang kucium di bilik telekung tiap awal pagi.. katamu, "selagi akak masih ada,selagi itulah bilik ini akan berbau kasturi" . Aku tersentak sebenarnya ketika itu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan perpisahan itu akan tiba... Wahai dai'eku halalkanlah ilmu yang kau sampaikan padaku, maafkan aku kerana gagal menjadi mad'u yang baik dan membanggakanmu.

Tidak dapat tidak, aku pasti akan mengingatimu, dalam setiap haruman kasturi,
yang aku mula sukai, kerana kau menyukainya juga....


حظا سعيدا يا اختي

اصلح نفسك وادعوا غيرك

Labels: , ,


23 December, 2009
◔ 2:47 pm // ✎ 0 comment(s)
haha~ takde point..



Majalah Libur,
Karangkraf Sdn. Bhd.

November 2009

Labels: ,


22 December, 2009
◔ 9:25 am // ✎ 0 comment(s)
Luruskan saf...(peringatan buat kita)





Dari Nu'man bin Basyir RA berkata,
"Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah
meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati
bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau
keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir,
kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf.
Beliaupun bersabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau
ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian."


Hadith diatas menjelaskan bahawa meluruskan saf itu perlu bagi
menyempurnakan
solat secara berjemaah.Tapi kadang2,kita ambil remeh
benda ni..panas la,sempit la,
Even kt Masjid Negeri
pun benda ni berlaku...yelah,especially tempat muslimat..

takkan la imam nak check sampai atas kut? hehe~

Fenomena ambil-remeh tentang meluruskan saf ni merupakan satu
kepincangan.
Paling teruk aku tengok,sampai
terpisah saf tu! Boleh jadi 2 line pecah tengah..
ish3...
kalau kat masjid2 kecik,surau untunglah ada makcik2 tolong tegur,
itu pun
kadang-kadang buat tak dengar je.
Yelah akhir zaman,saudara sendiri dianggap gharib.

Seperti kata-kata Anas bin Malik R.A,

"Masing-masing dari kami(dahulu)
menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki
kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka
menjadi seolah-olah KELDAI LIAR.(tidak suka dan menjauh)."

Labels: , , ,


30 October, 2009
◔ 8:31 am // ✎ 0 comment(s)
Kebosanan pasca PMR


Adibah..apelah yang kamu renungkan..



Aish..kamera buat hal..


Khusyuknya...Sirah

Labels:


21 September, 2009
◔ 10:10 am // ✎ 0 comment(s)
Listening to..




PeSoNa CiNtA By Hijjaz

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yg layu
Bisakah merubah detik-detik yg berlalu
Dari sekadar impian yg kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yg menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yg memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba Pesona Cinta
Yg buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan utk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian Cinta
Ikhlas tak diundang
Peliharalah ...

Labels: