AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



30 December, 2011
◔ 11:19 pm // ✎ 3 comment(s)
Munazarah & Munaqasyah~


Tiba-tiba teringat Jiha. Jiha ada request nak tulis sal debat hari tuh (hari tuuuuuuuuuuu punye , lama dah) Aku pun cari balik gambar ni kat comp lama. Grrr. Yang tak bestnya folder gambar2 akhir tahun arituh da terdelete. Even kat recycle bin pun takde. Taktau la clearance ape aku dah buat. Lenyap la gambar ngan Ustaz Saer semua. 

Berbalik pada tadi, team munazarah ni baru first time ditubuhkan tahun ni. Kitorang berempat (Pidah, Mokye & Jiha) menyahut cabaran yang tiba-tiba menjelma.. keh3. Before bertanding mestilah ada election kan, tapi apedaa kitorang je makhluk f5 yang ada. And tiba-tiba aku rase cuak. Act tak pernah speaking arab. Kalau adik aku yelaa juara hiwar daerah dolu2. Tu pon hafal skrip heehee~ The day bila ustazah Ariza suruh test cakap (whatever u wanna say) terus rasa gagup (gagap+gugup) barulah nak fikir arghhh aku boleh ke ni?? Tapi sebab semangat mereka bertiga yang kental terutama Jiha, i'm inspired by her =) redah ajelah kan.

And lepas berhari-hari terkurung dalam makam , eh makmal comp [honestly, manaa nak cukup masa, cari isinya, translate google, salin, bukak youtube jap, fb. haha] tapi sesungguhnya kitorang tak main2. Yelaa kebangsaan seh. Padahal sebelum ni tak pernah ada munazarah peringkat sekolah pun. Layan je ah T_T

Maka pada hari Jumaat yang ditentukan tu, kitorang bergerak dengan van baru Kusiss, perasmi la nih. hehe. Gi Nilai plak tu.. jaoh... dalam perjalanan tu aku duduk seat belakang driver. Sebelah wak, Ust Ridzuan. Aku tak paham kenapa dorg sume yer2 dok blakang. Then dah dekat mana tah aku rasa ngantuk. Mokye dah lamaaa bahagia tidoq kat belakang. Da lepas2 tu baru dia cakap kat aku "aku bukan apa, ustaz selalu kutoq ktorg tdo pepagi kat kelas, aku lari la gi belakang" cess bukan nak cakap awal2. =,='




Ringkasnya kitorg sampai kat apartmen penginapan. Dapatla sorg akak jaga kitorg. Kak Wan Fauzan namanya. Macam mane entah, kitorg panggil Kak Nana je. Lupe la hehe, tapi Kak Nana kata orang laen mana ada panggil dia Nana =,=' Dan kitorg sangat5555 laa rapat ngan Kak Nana sebab kitorg team banat semua, guru pengiringnya ustaz pulak, Kekok la tuh. Masuk2 bilik je kitorg dah hu ha hu ha (biasa la perangai kat asrama , make urself at home AHAHA) Tak lama lepas tu pintu diketuk , gedegang~!!! [tipu je dowh mana ada macam tu] Kitorg lari macam kene kejar hantu Mak Limah. Peh, lawak sungguh. Rupa-rupanya team SMK TAR yang datang.. Dorg share unit ngan kitorg (satu unit uh ada 3 bilik, dalam 8 katil kot?) pastu taaruf la macam biasa.. yang segannya apa tau? dorg SMK biasa tapi team kitorg lagi gila2 yang amat dr dorg. hehe. Petang tu kitorg lepak jela sebab taklimat malam. Yela nak tunggu orang Kelantan Sabah Sarawak sumer. Maka kitorg zzzZZz. Tiba-tiba ada akak laen datang check. Dia sngt terkejut sebab kitorg tido. Team lain tengah hempas pulas berlatih bagai kat bawah. Ufufufufu~ aku bangun la nak solat asar. And I cried. A lot. Rindu sekolah. Rindu apalah. Rasa macam "Allah, macam mana aku boleh datang sini. Kenapa aku ada kat sini." masa tu kepala memang berat sangat. Dan memikirkan esok nak lawan. Aku cepat2 betulkan niat. Apa? rahsia.. heheh. So ak bertenang balik. Maka malam tu kitorg gi taklimat kat auditorium FPQS Usim. At first aku terkejut gila. Sepanjang2 lebar taklimat prof tu dalam barab. Haishh. Nasib baik lepas tu dia buat simulasi, guna bm. Barula nak masuk kepala kan. Malam tu ready2 beg ada short note dengan isi untuk 8 tajok (double 2 untuk hukumah & mua'radhah , meaning 16 la)

Pagi sabtu tuh kitorg ready untuk 3 jaulah (pusingan) bermaksud 6 tajuk (hukumah dan mua'aradhah) Segalanya random. Daripada tajuk jaulah dan team lawan. Hukumah @ mua'radhah ditentukan ngan baling coin~ b4 lawan. Aku dah tak ingat tajuk2 jaulah. Tapi masa jaulah first kitorg menang dengan jayanya. Sebab2 due team takde pengalaman. huhuh. Takde mencelah pon! Lawak je. Tapi Mokye afdhal munazirah (best debater) Bila keluar keputusan kitorang ranking top 10. Gila lah. Ke top 5 ek? heheh. Then jaulah ke-2 kitorg kalah. Mungkin sebab lawan ngn semua banin SMKA Tahap. Cuak ke? Ceh xdelah. Kitorg kalah sebab isi sikit berbanding dorg. And berbanding team lain pun. Fuh dorg punye? Tebal dan bercetak dan dipegang sewaktu bertanding. Ktorg punye kertas lipat2 0h-so-colourful plus tulisan cincai aku (sampai sekarang aku kagum dalam diam camne jiha, mokye & pidah boleh paham).Okay jaulah 3 masa petang. Lawan dengan team comel dari SAMTEN , kan Afifah? && hakim time tu ustaz Hamad Kenali. dia sangat2lah awesome!! =) Aku dah agak penat petang tu. Ustaz Ridzuan pun perasan. Da habeh tu dorg sibuk2 cakap aku kunci. Amende tah =,=' yang penting hari tu dah berakhir okay. And malam yang sangat bez~! sebab abang pidah ada kat sana, train dak Kisas ngn bakal kakak ipar die~ dingdong~ . Malam tu die bawak kitorg gi Tesco. Aku tak nak cakap sal makanan *malu heheh tapi masa nak balik die belanja secret recipe..mwahahahaha~ malam tu kitorg stay up sampai lebam. Tido la lepas tu.

Ahad adalah kemungkinan last day aku ngan Mokye. Sebab ktorg nak gi Forum Daerah. Dan sebab aku rase ktorg tak depat gi sparuh akhir kot. huhu. Tapi kalau dapat pun, dah ada pengganti kat sana. Mokye jela penting. Aku cuma simpanan. Okay, jadi ktorg main jaulah 4. Aku tak ingat sangat dah. Lawan SMKA Tok Jiring rasanya. ek Jiha? Jaulah 5 ngan siapa ye... =.=' dan agaknye (agaknya lah, bukan kalau, jangan lawan takdir) kitorg kalah sebab satu benda tak best. Remember isi malam tadi yang kitorg stay up sampai lebam2 tu? TAKDE. TERTINGGAL KAT APARTMEN. fuh best betul. Sudahnya 10 minit masa kuarantin tu kenalah hempas pulas ingat balik isi semalam. Alah, apa nak buat, and lastly jaulah 6 vs SMKA Sharodz. Ustazah Sharodz pelik sangat tengok ktorg. Die tnye, ktorg ni memang sukasuka macam ni ke [sebab ktorg asyik gelak2 je , masa kuarantin pon HAHA] hmm. keputusan jaulah 6 esok harinya. Tapi tengok kedudukan ktorg rasenye tak dapatlah masuk next jaulah. ;p redha la. ktorg datang timba pengalaman timba ilmu je.Jadi petang tu aku dengan Mokye balik Kusiss. Lalala byebye USIM. Aku sms cikgu Nuar kate nak baliiiiiiikkkkkkkkkkkkk dahhhhhhhh bukak pagar depan haha. Tp die tak balas pulak. Makan2 jap, malam waktu prep baru sampai sekolah. Cari cikgu kat mana entah. Aku naiklah kelas dulu. Bestnya dua makhluk yang aku sayang dua2 ada kat situ heheh. Korg menjemput tuan puteri datang ey? Kih3. Pastu aku ngan Mokye gi bilik gerakan.. Cikgu dok bebel2 "saya tunggu pukul 6 tadi mana kamu tak balik2, saya dok jerit2 kat aspuri" "Lah kenapa cikgu x balas msg saya?" "Aku takde kreditla bodooooh~~~~" aii sabo jela.

Then macam biasa cikgu test dorg berempat [Man, Mokye, Dyan ngan Amir] . Eh , Dyan sakit time bila ye? uhuhu lupa. Tapi malam tu cikgu gantikan Man dengan aku. Peh. Aku rasa @_@. Paling penting aku takut Man terasa oo. Tapi bila aku slowtalk dia macam lek je. Aku terima jelah ;( walaupun aku rasa macam...macam2 la. Tinggal sehari untuk berlatih. Waktu kuarantin Isnin tu aku call Jiha. Alhamdulillah kitorg dapat num 27/50.. menang jaulah 6.. aku afdhal munazirah hwahahahahha bangge. =p . Aku ngan Mokye pun semangat la berlatih untuk forum neyh~ huhu.

Selasa di SMK Dato' Harun. Memandangkan dewan masih sepi dari peserta kitorg pergi kantin. [gila lah buat macam sekolah sendiri..] Mokye lagila bungkus makanan, makan dlm dewan. Org bertanding, dia makan. Tabikla. hehe~~~ sebelum tu ktorg dah pakat, lepas naik pentas je, makan kat kantin. HAHA. Sampai waktunya kitorg kuar lah. Dupdap dupdap. Fuuuh~ seyes gila muka cikgu Nuar. =,= Blablabla.. abes pun! kantin~!!!


taktaulahh sapa snap pic nih =,=

Keputusan kuar tengah hari tu jugak. Kitorg lek je. Takmau pakai blazer. Sekali dapat~~ johan maa... ahahahah. Gelabah pakai blazer. Mokye dapat panel terbaik lagi. Haihh berkat makanan kantin tapau tadi. haha. Part paling bez cikgu belanja McD (oiii makan lagi) .

Da lah. penat . hehe. THE END.

Labels: ,