AEGRI SOMNIA VANA.



Qurratu A'yun

مِنْ مُحِبَّكْ ألْف سَلامْ

insight | contact | gallery



06 March, 2011
◔ 11:43 am // ✎ 0 comment(s)
Siapa kau sebenarnya


Siapa kau sebenarnya?

Aku....
adalah pemilik nama..
pemakai gelar..
pemegang kuasa..
penuntut ilmu..
aku adalah nama yang meniti dibibirmu..
aku sewajarnya adalah pemegang panji-panji jihad
yang kini tertunduk malu,
kerana bukan aku yang selayaknya
membawa kitabullah & sunnah nabi-Nya..
Aku hanya menumpang disatu sudut dunia kepunyaan al-Faliq,
Aku antara salah satu yang terpilih
untuk hidup...untuk menjadi hamba
dengan rasa rendah diri yang kudus..
terkadang mengharap agar tidak berjalan diatas bumi-Mu
hanya untuk mengundang amarah dan murka-Mu
Akukah, khalifah yang tewas itu?

Labels:


01 May, 2010
◔ 1:16 pm // ✎ 0 comment(s)
rapuh....


Semalam ku memandang langit
Cahaya qamar melimpah
Gumpalan awan terlukis
Awan yang meneduhi
Awan yang memayungi
Ku lihat awan begitu sayu
Oh awan apakah di hatimu?
Jaufullail ku menadah pada Rabb
Tuhan,siapakah aku berbanding awan?
Aku bukan peneduh
Aku bukan lembayung
Aku gusar aku tidak setanding awan !
Sebagaimana Kau menghidupkanku
Sebegitu jualah hidupku bersebati dengan awan
Kerana aku hanya langit tidak berbintang....

Labels: ,