Dari Nu'man bin Basyir RA berkata, "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun bersabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian."
Hadith diatas menjelaskan bahawa meluruskan saf itu perlu bagi menyempurnakan solat secara berjemaah.Tapi kadang2,kita ambil remeh benda ni..panas la,sempit la, Even kt Masjid Negeri pun benda ni berlaku...yelah,especially tempat muslimat..
takkan la imam nak check sampai atas kut? hehe~
Fenomena ambil-remeh tentang meluruskan saf ni merupakan satu kepincangan. Paling teruk aku tengok,sampai terpisah saf tu! Boleh jadi 2 line pecah tengah.. ish3... kalau kat masjid2 kecik,surau untunglah ada makcik2 tolong tegur, itu pun kadang-kadang buat tak dengar je. Yelah akhir zaman,saudara sendiri dianggap gharib.
Seperti kata-kata Anas bin Malik R.A,
"Masing-masing dari kami(dahulu) menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka menjadi seolah-olah KELDAI LIAR.(tidak suka dan menjauh)."