Semalam ku memandang langit Cahaya qamar melimpah Gumpalan awan terlukis Awan yang meneduhi Awan yang memayungi Ku lihat awan begitu sayu Oh awan apakah di hatimu? Jaufullail ku menadah pada Rabb Tuhan,siapakah aku berbanding awan? Aku bukan peneduh Aku bukan lembayung Aku gusar aku tidak setanding awan ! Sebagaimana Kau menghidupkanku Sebegitu jualah hidupku bersebati dengan awan Kerana aku hanya langit tidak berbintang....